CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45221|Reply: 11

[Tempatan] RM38,000 masuk ke akaun Sinar Harian, transaksi sah - Saksi

[Copy link]
Post time 19-9-2024 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Saksi: RM38,000 masuk ke akaun Sinar, transaksi sah
Bernama
Diterbitkan:  Sep 18, 2024 9:33 PM



Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur yang mendengar kes pengubahan wang haram dan rasuah membabitkan bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan diberitahu terdapat kemasukan wang RM38,160 ke akaun Maybank milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd, dua tahun lepas.

Pegawai Maybank Cawangan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Ahmad Arabbi Mustafa, 36, berkata merujuk kepada penyata akaun Malayan Banking Berhad atas nama Sinar Karangkraf Sdn Bhd, kemasukan itu adalah menerusi transaksi secara dalam talian pada 3 Nov 2022.

“Saya sahkan akaun semasa Maybank atas nama Sinar Karangkraf Sdn Bhd telah dibuka pada 24 Jan 2007 di cawangan TTDI.

"Berdasarkan spesimen tandatangan bagi akaun ini, penandatangan yang dibenarkan adalah seramai lima orang,” kata saksi pendakwaan ke-12 itu semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Shahrom Idris.

Ditanya peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Wan Saiful, Ahmad Arabbi bersetuju bahawa transaksi itu adalah sah.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Dr Ifa Sirrhu Samsudin iaitu bagaimana beliau tahu transaksi itu adalah sah, Ahmad Arabbi menjawab “Sistem akan trigger jika ada transaksi-transaksi yang mencurigakan”.

Wan Saiful, 49, berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu, antaranya bagi pembelian kenderaan jenis Ford Ranger serta pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia, dan memindahkannya ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau juga berdepan pertuduhan meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta.

Beliau turut didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan SST bagi projek terbabit.

Wan Saiful didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung esok.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2024 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
transaksi duit skrg semua dah online boleh trace dlm sekelip mata..nak buat jahat pun bodoh.ingat ni zaman 90an ka masuk duit dlm acc org takleh detect??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 03:12 PM | Show all posts
hihi bodoh tak bertepi
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 07:24 PM | Show all posts
Kantoi cam Jibby?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam lim guan eng ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Wak Zahid & Rosmah jugak yg bijak. Minta duit tunai masuk sampul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2024 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh patutlah aku perasan sinar sblm ni bias hala ke mana?
Len kali bayar cash laa baru la takde jejak
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 09:01 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
buat style najib..
saya tak tahuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:01 PM | Show all posts
bayar langganah suratkhabar + iklan.... biasa le tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah … semoga jadi cam Utusan!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan bayar iklan kempen pru ke? sbb penah je aku bukak artikel suram hairan keluar iklan gedabak undilah perikatan nasional. iklan youtube pon adoo dorang ni, bukan iklan 30 saat tapi lebih 2 minit ala2 filem pendek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.364915 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list