View: 14024|Reply: 33
|
[Tempatan]
Homestay Di Kelantan Kantoi Buat Kerja Kotor, Penghuni Dedah diskodeng Owner Masa Mandi!
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 20-9-2024 11:00 AM
Homestay Di Kelantan Kantoi Buat Kerja Kotor, Individu Dedah Di 'Skodeng' Owner Masa Mandi
19.SEPT.2024
By Nany Rahman
Selain menginap di hotel untuk pergi bercuti, menginap di homestay juga menjadi pilihan ramai kerana ia boleh memuatkan ramai orang
Malah, harganya juga lebih murah berbanding menginap di hotel. Kebiasaannya, homestay akan menjadi pilihan bagi keluarga yang ramai. Jadi bolehlah duduk satu rumah, lebih mudah untuk berkomunikasi.
Namun, lain pula terjadi dengan seorang individu ini apabila dia mendedahkan kerja 'kotor' pemilik homestay tempat dia menginap menjadi tular di media sosial.
Jumpa telefon di tingkap bilik air
Menerusi video daripada akaun @nfwhda.__, dia berkongsi situasi 'mengerikan' ketika berada di sebuah homestay.
Difahamkan, ketika itu dia dan keluarganya telah pergi bercuti di Kelantan dan menginap di sebuah homestay di kawasan Kota Bharu. Pada awalnya dia merasa teruja dengan homestay berkenaan yang dilihat cantik dan serba lengkap.
Dia dan keluarganya sampai pada waktu tengah malam di homestay tersebut dan memilih untuk mandi kerana tidak selesa dengan badannya.
Namun, dikala dia sedang asyik mandi, dia tiba-tiba ternampak sebuah telefon bimbit dicelahan tingkap bilik air yang menghala tepat kepadanya . Sedar dengan kejadian itu, wanita tersebut terus menjerit dan memanggil ahli keluarganya.
Pemilik homestay tak mengaku dan tukar cerita lain
Kejadian berkenaan membuatkan ahli keluarganya telah keluar dan berjumpa dengan pemilik homestay tersebut yang rumahnya bersebelahan saja dengan tempat mereka.
Ahli keluarganya kemudian memberitahu kejadian itu dan pemilik rumah seperti 'terkejut' dan memberitahu tidak pernah berlaku perkara seperti ini.
"Kau bayangkan masa kita orang sampai tu pun dah lewat, mana ada orang lain. Rumah pun semua dah gelap, yang ada owner rumah tu je," tulisnya.
Menurutnya mereka ada meminta untuk melihat kamera telefon pemilik homestay itu dan mendapati ia sama seperti yang berada di dalam bilik air.
Namun, pemilik homestay menafikan perkara tersebut. Malah, pemilik homestay tersebut menukar 'topik lain' dan bercerita mengenai bisnesnya.
"Aku ni bukan nak tutup periuk nasi dia, aku pun tahu dia cari rezeki melalui rumah tu. Tapi, janganlah sampai nak tangkap gambar orang dekat tandas. Tak tahu berapa orang dah kena dengan dia ni. Kesian tau dekat orang yang tak tahu tu. Aku ni nasib je sebab terdetik nak tengok tingkap time tu.
"Pastu malam tu juga dia duk call abang aku banyak kali cakap tak boleh tidur lah apa lah. Sumpah weh pyscho gila. Dia cari kita orang sampai pagi tu.
"So korang hati-hatilah kalau nak book homestay ke apa, fikir dulu baik-baik kalau pergi tandas tu cari tandas yang memang tutup," tulisnya - says.com.my
Video penuh:
https://streamable.com/5krhkf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SERAMbi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 21-9-2024 11:14 AM
Yg kaki skodeng tu mesti spisis lobai kepala atas berbalut ketat tapi kepala bawah takleh control.. |
|
|
|
|
|
|
|
Opening kecik dinding atas plastic cistern tu untuk apa?
Tak penah dibuat orang, memang mendatangkan syak wasangka tidak berbelah bahagi laa. Bunguk punya tuan rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 20-9-2024 02:31 PM
Opening kecik dinding atas plastic cistern tu untuk apa?
Tak penah dibuat orang, memang mendatangka ...
Kt bilik air kena ada ventilation tu klau x lemas x bernafas org yg dok dlm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hijab kak kiah tertutup ke apa ni...jenuh belek gmbr2 tu...kat mana camera fonnya ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 20-9-2024 02:55 PM
Kt bilik air kena ada ventilation tu klau x lemas x bernafas org yg dok dlm tu
Extractor fan bukan ghoper cenggitu.
Lagipun, aluminium frame keliling opening tu persis daun tingkap post box jer.
Selak jer kertas tu... cakkk!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak gosok daki pun tak senang |
|
|
|
|
|
|
|
Para wanita marilah berbondong beli kain pantang kat shopee tu. Kain tu boleh guna time mandi. Senang ja sarung terus gitu. Harga pon x mahal. Pakai tu yakin skit tume mandi. Cuma time nak membuang la. Ada juga ke org nak skodeng?? Euuuwww sangat |
|
|
|
|
|
|
|
alamak seram...kalu rabun mcm aku ni mmg xnmpk laaa...naya2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Jitu at 20-9-2024 06:18 PM
ah sudah dah lah baru balik duk homestay hari tu
harap2 takde la mcm ni
jijiknya la owner homestay sskjp ni |
|
|
|
|
|
|
|
report polis la kak.. biar ke dalam owner tu kalau salah.. tu je makan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 20-9-2024 05:25 PM
Para wanita marilah berbondong beli kain pantang kat shopee tu. Kain tu boleh guna time mandi. Senan ...
Macamana rupa kain tu cik SG |
|
|
|
|
|
|
|
"Aku ni bukan nak tutup periuk nasi dia, aku pun tahu dia cari rezeki melalui rumah tu. Tapi, janganlah sampai nak tangkap gambar orang dekat tandas"
Buat ape la ko nk fikir pasal periuk nasi sepisis bangsat gitoh? Dia sendiri cari nahas drop his name shj lah supaya org lain tak terkono. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah kena, gila babi betul.. cam gelap jap hidup aku.. aku sewa bilik pasangan suami isteri kat bandar sri permaisuri, masa tu adik llaki dorang datang rumah.. tengah malam nak mandi tgk ada phone.. celaka, time tu jugak aku berambus.. aku siap buat report polis n bagi tau tuan rumah, then aku bagi salinan report polis masa nak ambik barang, baru tuan rumah bagi balik salinan ic aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
nono86: Aku pernah kena, gila babi bet ...
Kesiannya ko. Mesti meninggalkan kesan dekat ko kan. Babi laa manusia x de hati perut gitu |
|
|
|
|
|
|
|
woi..suka sungguh mengendap sskjp ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|