CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25318|Reply: 158

[Jenayah] PM batal rombongan 68 pegawai kementerian, agensi ke pameran Paris

[Copy link]
Post time 20-9-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PUCHONG - Perancangan sebuah kementerian dan agensi untuk mengadakan lawatan ke sebuah pesta pameran di Paris telah mengundang ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana melibatkan 68 orang pegawai.

Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam dekat sini, perdana menteri berkata, beliau mengambil keputusan membatalkan terus lawatan tersebut biarpun rombongan itu sudah menempah tiket penerbangan dan hotel.

Tegasnya lagi, tindakan itu merupakan satu mesej jelas kepada semua pihak bahawa Kerajaan Madani tidak akan berkompromi dalam sebarang tindakan yang boleh merugikan dana awam, di samping tegas untuk terus melaksanakan reformasi dalam institusi penjawat awam.

"Sebab satu contoh ada sebuah pesta pameran di Paris, kecil, tapi saya lihat daripada jumlah staf kementerian dan agensi berkenaan, 68 orang daftar nak pergi, sedangkan sebahagian kecil sahaja terlibat.

Jadi saya buat keputusan tegas, batalkan seluruh lawatan itu walaupun tiket penerbangan dan hotel telah disediakan.

"Dan selalunya kita buat potongan, apakah perlu dua atau tiga staf, dan kalau tidak perlu, diminta tangguh, atau disekalikan dengan lawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, jadi boleh ditandatangani memorandum persefahaman untuk jimat belanja,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri telah memutuskan agar semua projek baharu dan lawatan ke luar negara mesti dirujuk kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Pengarah, sebelum diluluskan oleh menteri berkenaan.

"Saya nak nyatakan bahawa reform dalam jabatan kerajaan, syarikat kerajaan, agensi mesti berterusan.

Pada Rabu lalu, dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kita lebih tegas untuk semua syarikat dan agensi kerajaan.

"Walaupun lembaga berkuasa, tapi lembaga (kadang-kadang) buat keputusan yang berpihak kepada kepentingan mereka.

"(Jadi) semua projek baharu, lawatan ke luar negara mesti dirujuk kepada KSU atau KP, dan diluluskan menteri berkenaan supaya ada yang akhirnya bertanggungjawab secara langsung,” tegasnya lagi. - Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2024 06:05 PM | Show all posts
tak pasal pasal terlepas nak enjoy naik Effie tower
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:11 PM | Show all posts
perbelanjaan di bawah kementerian ke? Kalau ya memang patut PMX batalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:12 PM | Show all posts

ni antara punca netizens n porumer cari benci ngan DSAI..



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi rugi gak tiket flight & Hotel dah sedia khuens
lain la kalo batal masa buat proposal
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:25 PM | Show all posts
Rombongan cik kiah..Angkut satu jabatan pergi Paris ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 20-9-2024 06:23 PM
tapi rugi gak tiket flight & Hotel dah sedia khuens
lain la kalo batal masa buat proposal

Maksudnya ksu/ pengarah yg luluskan bajet tu bakal kena la lepas ni. Silap2 kena surcaj.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:29 PM | Show all posts
bottombikini replied at 20-9-2024 06:23 PM
tapi rugi gak tiket flight & Hotel dah sedia khuens
lain la kalo batal masa buat proposal

ini adalah satu MESEJ besar PM kpd kakitangan kerajaan

kasi kakitangan terkejut n terkujat

dah naik gaji banyak..

wat hal lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Adalah lebih rugi bile semua da dibayar
Deal with hotel paris.. Dorg x terima LO malaysia ye..
Rules sana kena byr dlu baru tido..
Jadinya... Ni dah byr.. Paris nk refund ke

Tu.. Flight tu.. Kalau da issues.. Cmno tu..
Mana bole batal sesuka hati, silap2 no show passanger.. Audit kuiri..
Xdenye nk refund.. Kalau dapat refund pun xsmpai suku dari harga

Kan lebih membazir..
Pattnya biar je pergi.. Pastu.. Semua kena amik cuti..
Biar cuti habis..
Pastu.. Balik malaysia buat surat tunjuk sebb.. Baru ada akai..
Biar semua yg g mereput xbole upload gambar..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya betul ai anti betul jika ada tambah2 kerja tambah2 belanja tanpa rujuk budget/kelulusan pembayar
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian yg  mana? cer bagi pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:49 PM | Show all posts
teen_angelJB replied at 20-9-2024 06:34 PM
Adalah lebih rugi bile semua da dibayar
Deal with hotel paris.. Dorg x terima LO malaysia ye..
Rules ...

mmg PM tau x leh refund..

ini Big Message aka Pengajaran Besar kpd semua kakitangan gomen..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
teen_angelJB replied at 20-9-2024 06:34 PM
Adalah lebih rugi bile semua da dibayar
Deal with hotel paris.. Dorg x terima LO malaysia ye..
Rules ...

Tah la. Maybe bayaq duit sendiri dulu, then claim kot.

Btw, once diluluskan, mmg tak boleh diambil tindakan. Unless ada unsur2 penipuan & penyalahgunaan kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..
Tak dapat jadi ps
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahahha

Check in!!!!!!!!!


Aku tengah cari berita viral nie....

Kemain eh pegawai2 kerajaan sejenis bangsat buat keje tak reti tp asek nak berjalannnnnn aje pakai duit rakyat

Apa ke sangkak engkorang oiiiiiii nak berjalan pakai duit poket sendiri leeeeeee....

Business trip is for businesssssss bukan personal gain laaaaa bangsat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Azalina n team ada kat paris tu.


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 07:41 PM | Show all posts
teen_angelJB replied at 20-9-2024 06:34 PM
Adalah lebih rugi bile semua da dibayar
Deal with hotel paris.. Dorg x terima LO malaysia ye..
Rules ...

Flight tiket boleh refund especially kalau beli yg tiket premium, full refund terus. Kalau pegi bawh kerajaan sah2 travel agent akan beli yg paling mahal. Sama jugak dgn hotels booking boleh refund witn some penalties.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 07:42 PM | Show all posts
green~tea replied at 20-9-2024 07:32 PM
Hahahahahahahha

Check in!!!!!!!!!

68 orang pulak tu. Gila apa ramai2 nak gi paris. Ada kerja apa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-9-2024 07:35 PM
Azalina n team ada kat paris tu.

  


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.847258 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list