CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51470|Reply: 0

[Sabah] Komuniti maritim diminta tingkatkan aspek keselamatan

[Copy link]
Post time 21-9-2024 09:54 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: aset-aset ronda Maritim Malaysia akan sentiasa bersiap sedia diatur gerak pada bila-bila masa.

TAWAU: Komuniti maritim diingatkan supaya meningkatkan aspek keselamatan di laut serta berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca yang tidak menentu khususnya di sekitar perairan daerah ini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya mengingatkan semua komuniti maritim untuk sentiasa memandang berat aspek keselamatan semasa berada di laut.

Katanya, ia berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bermula 24 September ini.

“Bakyak tempat terlibat termasuklah di Semenanjung Malaysia, kawasan pedalaman dan Pantai Barat Sabah yang menyebabkan keadaan angin kuat serta laut bergelora.

“Cuaca ini dijangka akan berlanjutan sehingga awal November ini mengikut ramalan yang diperolehi daripada laman sesawang METMalaysia,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, cuaca sebegini boleh mendatangkan bahaya kepada aktiviti komuniti maritim seperti perahu-perahu kecil, pengusaha bot penumpang serta sektor perikanan dalam negeri.

“Aspek keselamatan di laut perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Komuniti maritim boleh terus berhubung dengan Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau menghubungi talian kecemasan 999 bagi melaporkan kecemasan di laut,” katanya.

Shahrizan berkata, aset-aset ronda Maritim Malaysia akan sentiasa bersiap sedia diatur gerak pada bila-bila masa untuk memberikan bantuan bagi sebarang situasi atau kejadian insiden di laut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040750 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list