CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18974|Reply: 9

Lelaki tukang cuci diberkas polis, lintas jalan lompat arah kereta bergerak

[Copy link]
Post time 23-9-2024 08:20 AM | Show all posts |Read mode





KAJANG – Seorang tukang cuci diberkas polis ekoran perbuatan berbahayanya melintas jalan dan melompat ke arah kenderaan bergerak sekitar bandar Sungai Long, di sini, 17 September lalu.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dua kenderaan terbabit dalam kemalangan berpunca daripada tindakan lelaki berkenaan.


Katanya, rakaman papan pemuka (dashcam) berdurasi 14 saat dikesan tular di Facebook yang memaparkan tindakan lelaki itu melintas jalan lalu melompat ke arah kenderaan.


“Perbuatan lelaki itu menyebabkan berlaku kemalangan terhadap pengguna jalan raya lain kira-kira pukul 11.53 pagi.


“Suspek yang berbaju merah dan berseluar hitam dipercayai bukan warga tempatan telah meninggalkan tempat kejadian manakala tiada sebarang butiran atau pengenalan diri diperoleh darinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek berusia 32 tahun di kawasan bandar Sungai Long, di sini, pada pukul 6 petang tadi.





“Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.


“Motif suspek masih dalam siasatan manakala ujian saringan air kencing juga masih dalam proses,” jelasnya.












Sehubungan itu, beliau menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian supaya tampil ke balai berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamed Faeez Norzah di 013-2663407.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 08:53 AM | Show all posts
hhrrrmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde dashcam kalu.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Wargaasing suka buat mcm ni....
Motif nk dpt pampasan kot....klu tak kojol, selamat le kau....

Menyusahkn org je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 09:59 AM | Show all posts
Muka konoha ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 10:00 AM | Show all posts
tak patah pulak tulang dia ye kena langgar macam tu..
orang kita jatuh tangga je pun boleh patah kaki or rusuk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk buat gini p prc sana
Bsepah wat income mcm ni.
Baby pn sanggup biar cross jln sendri nk bg org lgaq punya psl
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bogelkan dia sissy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 10:16 AM | Show all posts
ini trick lama warga PRC

insurance scam. tapi ramai fail sejak wujudnya dashcam

plus, Malaysia works differently la sistur. dapat kat haku mamat ni, lutut, betis, kaki tu dah elok patah riuk makan steering lock, baru Iols call talian kecemasan ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 12:42 PM | Show all posts
berani nya. buatnya kena langgar betol terus kojol.... menyusahkan org
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 1.310338 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list