View: 14469|Reply: 20
|
[Tempatan]
Ringgit pamer prestasi terbaik sejak 1973, dijangka terus meningkat - Penganalisis
[Copy link]
|
|
Ringgit pamer prestasi terbaik sejak 1973, dijangka terus meningkat - Penganalisis
September 23, 2024 @ 2:14pm
Gambar fail. - NSTP/NABILA ADLINA AZAHARI.
KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia dijangka meneruskan momentum kenaikannya selepas merekodkan prestasi terbaik sejak 1973, dengan peningkatan lebih 12 peratus berbanding dolar AS dalam suku ini.
Bloomberg dalam laporannya berkata, penganalisis yang ditinjau, berpendapat Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin tidak akan menurunkan kadar faedah, satu langkah yang akan terus menyokong pengukuhan ringgit.
Kekuatan ringgit ini disokong oleh pengurangan perbezaan kadar faedah dengan AS, prestasi perdagangan yang semakin baik, dan penilaian aset yang menarik.
"Lebihan akaun semasa Malaysia, pendirian neutral bank pusat, dan asas yang stabil dapat membantu kenaikan lanjut dalam suasana kelemahan dolar," kata Ketua Strategi Makro Asia di Sumitomo Mitsui Banking Corp, Jeff Ng, yang dipetik Bloomberg.
"Ini terutamanya jika pasaran menjangkakan lebih banyak pemotongan kadar oleh AS, yang mana akan mengurangkan perbezaan hasil antara AS dan Malaysia.
"Sejak April, ringgit telah menunjukkan peningkatan ketara selepas pemulihan eksport dan usaha BNM untuk menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan memulangkan pendapatan pelaburan dari luar negara.
Aliran masuk pelabur asing juga menyokong ringgit, dengan data Bloomberg menunjukkan aliran masuk AS$2.5 bilion ke dalam bon negara ini pada bulan Julai dan Ogos, serta pembelian AS$1.2 bilion saham tempatan sejak akhir Jun.
"Aliran ini seharusnya berterusan untuk tempoh masa tertentu," tambah Chandresh Jain, seorang Pakar Strategi di BNP Paribas kepada Bloomberg.
Beliau merujuk kepada peralihan pelaburan ke Asia selepas pelabur asing terlalu tertumpu pada mata wang Amerika Latin tahun lalu.
Pada Jumaat, ringgit ditutup dengan kenaikan 0.1 peratus kepada 4.2037 berbanding dolar.
Namun, petunjuk pasaran menunjukkan bahawa lonjakan semasa mungkin akan mencapai titik jenuh, menandakan kemungkinan pengukuhan dalam jangka terdekat.
Peniaga akan memantau pengumuman belanjawan negara bulan depan untuk perkembangan mengenai reformasi subsidi dan defisit fiskal.
Sementara itu, dalam jangka panjang, seorang Pakar Strategi di Bank of New York Mellon, Wee Khoon Chong, menyatakan bahawa "tidak dapat dinafikan bahawa penilaian ringgit adalah menarik dan murah, berdasarkan kadar pertukaran efektif."
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bila dah hit rock bottom, the only way is up
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecattaik at 23-9-2024 11:41 PM
In other news..
Ketua walaun menunggu RM jatuh 5.0 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
terbaikk... akhirnya Formula Rafizi terbukti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Harga diesel pun boleh jugak diturunkan sebanyak 50sen dan boleh dikategorikan sebagi penurunan terbanyak dan terbaik setelah dinaikkan lebih seringgit. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku prestasi ringgit terbaik adalah RM 2.50 - USD$1. Zaman sebelum kegawatan ekonomi 1997.
Ketika gawat tu lah ringgit jatuh teruk sampai hampir mencecah RM5 - USD $1. Time tu lah PM4 laksanakan tambatan ringgit dimana foreign exchange kekal pada RM 3.80 - USD 1. Sekaligus menyebabkan matawang Malaysia terlindung dari further market speculation.
Tambatan matawang in adalah langkah yg pertama kali dilaksanakan dalam pasaran konvensional didunia . Menerima tentangan hebat pakar ekonomi dunia. Tetapi PM4 membuktikan he made a right move. Kalau tak, mungkin pada akhir 90an tu; barangan/service harga seperti sekarang. Tapi pada takuk gaji hujung 90an. For this I thanks PM4.
Make me wonder why PMX tak nak laksanakan tambatan ringgit. Tahulah kena pecat jawatan TPM & Finance minister waktu gawat tu. The rest was history. Tapi whatever PMX tak perlu teragak2 utk melaksanakan kembali mana2 efficient move by previous
leaders if it bring benefit to the country. Iwa akan menunjukkan besarnya jiwa beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
fatinandreanna replied at 24-9-2024 12:17 PM
Bagi aku prestasi ringgit terbaik adalah RM 2.50 - USD$1. Zaman sebelum kegawatan ekonomi 1997.
Ke ...
Tambatan = perit dikurangkan.
Side effect: weaker players (kroni makan kamsen) survive.
Perbandingan: south Korea tiada tambatan. Tonggang terbalik dia masa afc 1998. Tapi hasilnya sekarang, tengok kekuatan jenama mereka on the world stage. |
|
|
|
|
|
|
|
wahh hebatnya PMX adn saudara YB rafizi
tapi bangkem still takleh nak brain la acaner najib boleh bawak ringgit naik jadi RM2.8 |
|
|
|
|
|
|
|
tak sama
97/98 = ringgit jatuh kerana spekulasi matawang.. maka masa tu memang keputusan yang tepat untuk tambat ringgit
|
|
|
|
|
|
|
|
naik 12% pun harga iphone zionist tak turun camano |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tak mampu buat cara tak mampu. Tak matey pun pakai Huawei...
Hidop ni mudah saja..
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahah mesti chuols sejenis sales person yg suka judge org pakai selekeh2 masuk kedai ingat tak mampooo khennn...
typical 3rd class mentality
|
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 24-9-2024 11:10 PM
naik 12% pun harga iphone zionist tak turun camano
Apa yg xturunnya? Sbb ringgit mengukuh ni lah harga masa pelancaran ip 16 pro turun rm500, harga ip16 turun rm400. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bnyk gak beza rege ipong 16 ni. tibah rasa rugi lak me ols pi beli ipong 15 last year.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|