Gambar JPBM Sarawak
KUCHING: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit selepas jari tangan kirinya tersepit pada mesin pembuat mi di sebuah kedai di Central Park Commercial Centre, Jalan Tun Ahmad Zaidi di sini, malam tadi.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.04 malam seterusnya menggerakkan 1https://www.utusanborneo.com.my/ ... a-mesin-pembuat-mi0 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian diadapati jari tangan kirinya seorang lelaki berusia 33 tahun tersepit pada mesin pembuat mi.
“Pihak bomba bertindak mengangkat mesin pembuat mi ke luar kedai bagi memudahkan kerja-kerja melepaskan jari mangsa dari mesin tersebut menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihak bomba mengambil masa kira-kira 14 minit untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersepit.
“Setelah jari mangsa dapat dikeluarkan dari mesin tersebut pasukan EMRS (Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) memberi rawatan awal kepada mangsa.
“Seterusnya mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya,” tambah kenyataan itu.
|