View: 35569|Reply: 11
|
[Tempatan]
Prof Mohd. Zambri Zainuddin kata 4 Supermoon punca berlaku banjir , banjir diramalkan mungkin lebih dahsyat ketika Supermoon kali ketiga pada 17 Oktober dan 16 November.Anda bersedia?
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Seorang pakar falak terkenal tanah air tidak menolak kemungkinan bahawa banjir beberapa kawasan di negara ini pada 18 September lalu disebabkan Supermoon.
Prof. Datuk Dr. Mohd. Zambri Zainuddin ketika dihubungi malah berkata, air laut di pantai akan mengalami situasi pasang besar sepanjang tempoh berlaku fenomena berkenaan.
“Kelazimannya, apabila terjadi Supermoon, maka ini bermakna jarak kedudukan bulan itu berada paling hampir dengan bumi atau dirujuk saintis falak sebagai perigee,” katanya.
Beliau mendedahkan perkara itu ketika ditanya mengenai kaitan antara bulan dan peristiwa banjir di banyak kawasan wilayah utara Semenanjung Malaysia yang agak luar biasa.
Pada tarikh tersebut, bulan dilaporkan agak dekat dengan bumi iaitu jarak 357,486 kilometer sahaja ketika berlaku Supermoon pukul 2.34 pagi GMT (10.34 pagi waktu Malaysia).
Kedudukan berkenaan disifatkan lebih hampir berbanding Supermoon yang pertama kali muncul untuk tahun ini pada 20 Ogos lepas dengan jarak direkodkan 361,970 kilometer.
Mengulas lanjut, Mohd. Zambri menambah bahawa, fenomena pasang surut air laut memang dikenal pasti sejak sekian lama berkait rapat dengan senario posisi bulan dari bumi.
“Apabila bulan berada terlalu rapat dengan bumi, maka keadaan air pasang besar pun boleh berlaku dan seterusnya terjadi pula situasi banjir di kawasan yang terbabit,” jelasnya.
Tahun ini, bumi mengalami empat kali fenomena Supermoon bermula 20 Ogos lalu dikenali Sturgeon Moon dan diikuti 18 September lalu yang dirujuk sebagai Harvest Moon.
Senario banjir pula diramalkan mungkin lebih dahsyat ketika Supermoon kali ketiga pada 17 Oktober kelak apabila jarak bulan dengan bumi paling dekat iaitu cuma 357,364 kilometer.
Justeru beliau menasihatkan penduduk di kawasan yang dijangka sering kali berlaku banjir agar bersiap siaga lebih awal menghadapi sebarang kemungkinan dan mengelak kerugian besar.
Supermoon bulan depan diberi julukan Hunter’s Moon manakala yang terakhir pada 16 November pula atau dirujuk sebagai Beaver’s Moon dengan perigee 361,867 kilometer.
“Di Malaysia, mungkin ramai tidak tahu bahawa Supermoon pada 18 September lalu juga diikuti terjadinya gerhana bulan separa pukul 12.45 tengah hari,” terang Mohd. Zambri.
Walau bagaimanapun katanya, fenomena selama empat jam enam minit itu tidak dapat disaksikan oleh penduduk di seluruh negara ini kerana posisi bulan berada di bawah ufuk.
Setakat ini, rekod jarak Supermoon paling dekat dengan bumi ialah pukul 1.52 tengah hari GMT (9.52 malam waktu Malaysia) 14 November 2016 iaitu hanya 356,523 kilometer.
Selepas ini pula, rekod perigee yang paling hampir dijangka berlaku pukul 7.18 malam GMT (3.18 pagi waktu Malaysia) pada 6 Disember 2052 dengan jarak 356,429 kilometer.
www.utusan.com.my/berita/2024/09/supermoon-punca-berlaku-banjir-di-banyak-kawasan/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku stand by. Di rumah shj. |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu kat kucheng, mmg nampak bulan besaq semcm.. |
|
|
|
|
|
|
|
pula dahhh
sailormoon takdak ka |
|
|
|
|
|
|
|
Ada penampakan muka Abuya dekat bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kawasan plat tektonik yang mengalami bebanan air laut yang melebihi dari kebiasaan, manakala di plat yang lain pula menerima kurang bebanan dari biasa.
Lebih² lagi di kawasan garis sesar.
Maknanya apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Tetapi mengikut kepercayaan ahli seumur hidup teori konspirasi, HAARP dan south pole IceCube adalah penyebab bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, letusan gunung dan banjir. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 24-9-2024 04:16 PM
Semoga dilindungi. Tgk utara banjir kali ni i seram gak. Takut banjir 2021 jd lg.. umh i teruk kena ...
kalau kat penang 2018 teruk betul. tempat yg last banjir 80an dulu habis naik air separas bumbung. masa tu area taman iols je tak naik air, jadi pulau. kesian kwsn sekitar habis naik air paras pinggang. mujur la area taman tu sgt luas blh org tmpg letak kereta. tp tu pun sipi2 air nak naik dah, nsb hujan stop. |
|
|
|
|
|
|
|
Dasat cemana tu? Kalau sampai umah iols banjir tu kira dasat laa sbb umah iols duk atas bukit.
Harap jgn la gitu dh mcm tsunami dah tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|