CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18358|Reply: 31

[Jenayah] Kes GISBH: Mufti Perlis diugut, polis sedang kesan suspek

[Copy link]
Post time 24-9-2024 09:21 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung mesej ugutan diterima Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkait kes GISB Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku pada jam 8.56 pagi kelmarin ketika Mohd Asri berada di pejabatnya di Bangunan Dato' Mahmud Mat, Kangar, Perlis.

Dalam kejadian itu, beliau berkata, Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Maza, menerima beberapa pesanan melalui aplikasi WhatApps daripada satu nombor telefon tidak dikenali.

"Terdapat empat pesanan dihantar berkaitan GISBH bahawa perniagaan milik syarikat itu tidak dapat ditandingi dalam negara.

"Bagaimanapun, beliau (Mohd Asri) tidak mengendahkan mesej itu menyebabkan individu terbabit menghantar mesej berbaur provokasi dan ugutan.

"Beliau (Mohd Asri) percaya pesanan WhatApps itu menunjukkan satu ugutan jenayah kerana maksud kafir harbi (kafir yang boleh diperangi) adalah menghalalkan darah," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, mufti berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kangar, kelmarin, untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.


Berita Harian


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2024 10:10 PM | Show all posts
off topik

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 10:25 AM | Show all posts
Betullah kata Dr.Maza, wujud gengsterisme agama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ker Maza ni wahabi?
Dan betul ker Wahhabism ideology dari yahudi?
#tanya jer
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 11:27 AM | Show all posts
tak abis2 psl wahabi
org yg menanya psl wahabi ni ketinggalan zmn, mcm masih pakai android 1.0 atau iOS 1.1.5 pstu pung pang psl 5G nape tak support

pi la tgk yt, bape byk video peneerangan psl soalan tu..berlambak, nk muntah tgk..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 24-9-2024 11:27 AM
tak abis2 psl wahabi
org yg menanya psl wahabi ni ketinggalan zmn, mcm masih pakai android 1.0 atau  ...

Aiks marah nampak...... Ko wahabi juga ke?

Tula susah untuk orang yang ketinggalan zaman macam aku ni nak infiltrate ideology and theology baru dalam Malaysia ni, including 5G kesayangan ko tu.

Sorry terbuat ko marah pulak.
That was not my intention.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 24-9-2024 11:27 AM
tak abis2 psl wahabi
org yg menanya psl wahabi ni ketinggalan zmn, mcm masih pakai android 1.0 atau  ...

Setuju dengan you.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
main ugut2 plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang mmg kuat ugut
Aku pun kena masa awal2 kes ni dibongkarkan
Tah mana hilang mamat tu tah2 dh kena angkut atau lenyapkan diri laa tu
Sblm ni kemain berdegar2 ko ye sikit2 ugut
Nampak sangat kurang pendidikan dan pengetahuan dia taktau ugut2 org ni boleh dikenakan tindakan undang2 walaupun hanya dgn hantaran komen kat media sosial.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Modus ala2 terasa kokkok juga dia nie

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Only in Msia....real ulamak kena kecam,meanwhile ularmak jahat penunggang ugama diagung2kan.

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Supporter MAZA hadir

#teamMaza

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 10:19 PM | Show all posts
tercari-cari juga mana tau maza kata 'bring it on' ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 24-9-2024 11:27 AM
tak abis2 psl wahabi
org yg menanya psl wahabi ni ketinggalan zmn, mcm masih pakai android 1.0 atau  ...

setuju..walau apa dr maza ni buat, orang tak habis2 tanya pasal wahabi..move on la, ambik ilmu dia..yang mana rasa tak betul tu pergi la argue kalau rasa ilmu setanding dengan mufti
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa awal2 kes ni pecah pun, wajah MAZA kat billboard sblh bulatan jubli emas kangar tu pun dah kena sembur cat
So dah tau dah akn jd gini seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
#teamdrmaza
Sbb drmaza yg bising2, baru gisb terbongkar sampai jd op global
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 08:25 AM | Show all posts
Tanpa pendedahan berani Dr.Maza, kita takkan pernah tahu bahawa Abuya itu seorang yang teliti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 25-9-2024 08:25 AM
Tanpa pendedahan berani Dr.Maza, kita takkan pernah tahu bahawa Abuya itu seorang yang teliti.

Dan abuya suka makan ikan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 08:41 AM | Show all posts
#teamdrmaza
tanpa dr maza sampai sekarang kita takkan tahu begitu ramai budak2 dipergunakan utk kepentingan GISB ni & pendedahan dr maza ni jugak dah menyelamatkan ramai manusia dari terus menikmati kelazatan air berkat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sara_thrash replied at 25-9-2024 08:41 AM
#teamdrmaza
tanpa dr maza sampai sekarang kita takkan tahu begitu ramai budak2 dipergunakan utk kepe ...

Euwww uwekk. Aku la salah sorang tu

Semoga dr maza baik2 aja.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.598417 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list