View: 35773|Reply: 0
|
[Tempatan]
Telegram akan dedah nombor telefon jika diminta pihak berkuasa
[Copy link]
|
|
Telegram akan dedah nombor telefon jika diminta pihak berkuasa
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... inta-pihak-berkuasa
Muhammad Saufi Hassan
[email protected]
Disiarkan pada: September 24, 2024 @ 2:03pm
LOGO Telegram kelihatan pada telefon pintar. FOTO Reuters
Kuala Lumpur: Penyedia aplikasi mesej popular, Telegram akan mendedahkan 'Protokol Internet' pengguna termasuk nombor telefon jika diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
Menerusi kemaskini terbaharu polisi privasi aplikasi itu, jika Telegram menerima perintah yang sah daripada pihak berkuasa berkaitan kes jenayah, aplikasi itu akan mendedahkan butiran pengguna seperti yang diminta.
Ia termasuk mendedahkan alamat Protokol Internet (IP) dan nombor telefon pengguna kepada pihak berkuasa.
Pada masa sama, Telegram menegaskan bahawa pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan jenayah dan berbahaya yang berlaku dalam platform ini.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bahawa semua polisi baharu berkenaan akan digunakan di seluruh dunia atau bergantung kepada negara tertentu.
Kemaskini terbaharu berkenaan dimuat naik menerusi laman web rasmi aplikasi berkenaan, namun tiada kenyataan rasmi daripada Telegram.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|