CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 35506|Reply: 24

[Dunia] Petronas tak ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak, Petros

[Copy link]
Post time 24-9-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berhubung pengedaran gas di negeri itu.

Perkara tersebut disahkan Pejabat Premier Sarawak selepas mesyuarat bersama dilakukan antara Kerajaan Sarawak, Petronas dan Petros hari ini.

Pejabat Premier Sarawak turut mengesahkan perbincangan mengenai pengedaran gas di Sarawak kini sedang berjalan antara kedua-dua pihak dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Adalah disahkan bahawa tiada tindakan undang-undang sedang difikirkan oleh Petronas terhadap Sarawak dan Petros.

“Semua pihak menghormati dan mematuhi undang-undang Persekutuan dan Negeri berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan.

https://malaysiagazette.com/2024/09/24/petronas-tak-ambil-tindakan-undang-undang-terhadap-sarawak-petros/
Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 9 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 berapa bilion kehilangan perolehan buat kerajaan persekutuan?

Dan sudah pasti kerajaan negeri sarawak akan dapat lebih banyak kutipan tahunan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kena suh China mai 'kacau' dekat perairan Swak sinun la...lagu ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah kerapuhan jumlah kerusi kerajaan di parlimen memainkan peranan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 24-9-2024 05:07 PM
kena suh China mai 'kacau' dekat perairan Swak sinun la...lagu ni...

Tapi sarawak ada burung kenyalang
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 24-9-2024 05:05 PM
Agak2 berapa bilion kehilangan perolehan buat kerajaan persekutuan?

Dan sudah pasti kerajaan negeri ...

Petros tu singkatan untuk Petroliam Rosmah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-9-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 24-9-2024 05:38 PM
Petros tu singkatan untuk Petroliam Rosmah

Bagi menghargai jasa ds rosmah menubuhkan konglomerat grab yang tersenarai di papan nasdaq bursa amareka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Di saat orang semenanjung sibuk dengan pasar ikhwan di putrajaya

Sarawak kini ada syarikat minyak sendiri, airline sendiri, bank sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 24-9-2024 05:05 PM
Agak2 berapa bilion kehilangan perolehan buat kerajaan persekutuan?

Dan sudah pasti kerajaan negeri ...

Revenue untuk keseluruhan Petronas Gas adalah sekitar RM 100 billion setahun.

Nett profit pula adalah sekitar RM 30 billion.

Ini meliputi keseluruhan business bagi Petronas Gas termasuklah upstream dan downstream.

Dividen untuk Federal diambil daripada nett profit.

+ + +

Untuk peringkat permulaan, Petros hanya control upstream.

Tapi revenue lebih besar di bahagian downstream.

Jadi in the future, tidak pelik jika Petros akan control end to end - upstream dan downstream - seperti yang dilakukan oleh Petronas Gas sekarang.

Especially setelah Petros buktikan kepada international clients bahawa mereka berkeupayaan untuk uruskan business gas dengan baik. Sama macam performance Petronas Gas.

Setelah international clients trust Petros, mereka tak de masalah untuk tukar supplier.

International clients bukannya sayang sangat pun dengan Petronas tu kan...

International clients hanya perlu jaga their interest saja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 24-9-2024 06:19 PM
kemaruk replied at 24-9-2024 05:57 PM
Di saat orang semenanjung sibuk dengan pasar ikhwan di putrajaya

Sarawak kini ada syarikat minyak s ...


cam persediaan menuju 'kuar' Msia jer???...Tentera dan persenjataan acaner..dh buat/sedia???...Kang baru kuar...kena ganyang ngn nusaraya plak...
                        
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 24-9-2024 05:13 PM
Adakah kerapuhan jumlah kerusi kerajaan di parlimen memainkan peranan?

It's obvious kan...

Ini semua bermula bila pengundi Melayu berpecah kepada 14 juta parti.

Hasilnya, pada PRU 15, tidak ada walau satu coalition yang mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk bentuk kerajaan.

Tentu la Sarawak nampak peluang ini. This is the time untuk ketuk Federal cukup-cukup.

"Aku bagi kau kerusi. Kau nak bagi aku apa?"

Nak tak nak ... terpaksalah Federal akur dengan MA 1963.

Untuk Petronas plak, siapa Boss mereka?

Tentulah Federal.

So Petronas nak cakap apa sekarang?

Lagi pun apa ruginya kalau BOD dan Decision-Makers Petronas ikut saja cakap boss mereka, Federal.

Gaji ratus-ratus ribu still jalan macam biasa.

In fact, kedudukan mereka lebih terancam kalau tak nak dengar cakap Boss.

Nak kena ganti dengan orang lain ke?

Inilah mentaliti dan dilemma orang makan gaji.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 24-9-2024 05:57 PM
Di saat orang semenanjung sibuk dengan pasar ikhwan di putrajaya

Sarawak kini ada syarikat minyak s ...

Orang Semenanjung juga masih sibuk dengan hafal soalan latih tubi.

Seronok dapat A dalam UPSR katanya.

Ada otak bijak atau tidak ... itu belakang cerita.

Itulah mundurnya otak orang Semenanjung.

Disebabkan otak pun lemah, tak pelik kan kalau kekayaan pun terlepas dari genggaman?

Macam peribahasa Melayu zaman dulu la. Menang sorak, kampung tergadai.

Atuk nenek kita dah masak sangat dengan kepala otak orang Melayu. Sebab itu mereka boleh cipta peribahasa yang relevant.

Sekarang oil and gas hilang. Next tanah pun hilang.

Tentang tanah ... Dr Mahathir dah nyatakan prediction beliau dalam event bersama UiTM baru-baru ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 06:32 PM | Show all posts
peluang untuk PRC cocok jarum

bagi jer PRC telaga minyak kat sarawak tu,
lagi pun tentera/kapal PRC mmg dah banyak kat sana

bagi jer kuasa autonomi kat sarawak tu
biar sabah/sarawak pegang kuasa dan ekonomi di sana
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ni hilang billion2 nuart diam x berkutik plk, dah la diesel x naik rega
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 24-9-2024 05:07 PM
kena suh China mai 'kacau' dekat perairan Swak sinun la...lagu ni...

Silap-silap haribulan, Premier Sarawak boleh meeting direct dengan President Xi Jinping. Bypass Putrajaya.

Terus negotiate buat project dengan China. Macam Agong @ Sultan Johor buat baru-baru ni.

Once China ada kepentingan, mereka diam la. Ini saja mainan geopolitik.

Semua pihak ada kepentingan masing-masing. Dan nak jaga kepentingan masing-masing.

Berdasarkan shared interest, mereka membentuk alliance.

Yang lebih win kan ... China plak beri perlindungan ketenteraan kepada Sarawak.

Ini dah biasa berlaku. Singapore / Philippines / Japan ... jadi proxy America. That's why America menempatkan military assets and military base di negara tersebut.

Macam sekarang, China sedang buat laluan kapal ikut Sungai Mekong. Straight dari China keluar dekat Cambodia.

Cambodia dismantle military infrastructure yang dibina oleh America waktu zaman dulu. Mereka pilih untuk jadi proxy China.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 24-9-2024 06:33 PM
Yang ni hilang billion2 nuart diam x berkutik plk, dah la diesel x naik rega

Of course PMX tak boleh bising maa...

Parti Melayu bukannya kuat pun dekat Semenanjung ni.

Parti Semenanjung perlu bergantung kepada Sarawak untuk bentuk kerajaan.

PMX dah ajak PN join Unity Government dulu. PN lebih suka jadi Pembangkang.

Jadi apa pilihan yang PMX ada sekarang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 24-9-2024 06:32 PM
peluang untuk PRC cocok jarum

bagi jer PRC telaga minyak kat sarawak tu,

Kalau Unity Government berfikiran strategik, mereka should consider this option - empower Sarawak sebagai kuasa ekonomi baru di Malaysia.

Because, kalau kita tengok kepada current indicator ... Sarawak ada all the right ingredients untuk mencipta trajectory yang cemerlang.

Pertama, Sarawak ada kestabilan dan perpaduan politik. Because of that, mereka kuat dari segi kuasa politik.

Second, mereka ada pemimpin yang bijak, visionary, dan bersemangat untuk memajukan Sarawak.

Contohnya Premier Sarawak sekarang. Then, Tuan Yang Terutama Sarawak sekarang. Dengar speech mereka dekat podcast Keluar Sekejap, it's all about Sarawak, Sarawak, Sarawak.

Ketiga, Sarawak boleh kutip revenue sendiri. Dah tak perlu bergantung kepada Semenanjung.

Keempat, dengan revenue yang Sarawak bakal nikmati ... this should be Sarawak's next focus: Hebatkan otak orang Sarawak.

Once kita boleh hebatkan otak manusia on a large scale, dunia ini kita yang punya. Ini proven formula yang digunakan oleh Singapore, US and China.

Dengan keempat-empat faktor di atas, Sarawak boleh jadi sama hebat dengan Greater Klang Valley.

Dan kalau penyakit bodoh orang Melayu di Greater Klang Valley / Semenanjung masih tak hilang ... in the future, tak perlu terkejut kalau Sarawak boleh kalahkan Greater Klang Valley.

Sarawak boleh pergi jauh. This is one thing for sure.

Tetapi, sejauh mana Sarawak boleh pergi ... ini bergantung kepada progress mereka dalam menghebatkan otak rakyat Sarawak.

Kalau Sarawak strategic, dah alang-alang China suka sangat dengan Sarawak ... Sarawak boleh wujudkan kerjasama pendidikan dengan Shanghai.

Sekarang, Shanghai adalah bandar paling pandai di dunia. Kalahkan Singapore. Kalahkan Massachusetts (bandar Boston) - negeri paling pandai di America.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 24-9-2024 06:17 PM
cam persediaan menuju 'kuar' Msia jer???...Tentera dan persenjataan acaner..dh buat/sedia???...Kan ...

Ramai orang kelitu

Sarawak taknak pon keluar dari malaysia..

Giler ape nak keluar.. rugi wooo keluar.. sarawak kekurangan manpower yang sangat kritikal sekarang terutama di luar bandar terutama polis, cekgu, askar.. mana nak beli peralatan ketenteraan lagi yang super mahal tu

Kalau stay dalam malaysia pon gaji polis cekgu etc tu ditanggung oleh persekutuan.. siap dapat peruntukan jalan, pembangunan etc

Sawak cumq nak tuntuk hak yang termaktub dalam perjanjian MA63 jer.. kalau dapat tambahan waima rm1 bilion setahun dari petros pon dah sangat2 banyak dah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nfir replied at 24-9-2024 06:29 PM
Orang Semenanjung juga masih sibuk dengan hafal soalan latih tubi.

Seronok dapat A dalam UPSR kat ...

Jgn rhisau...ada MELAYU dlm DAP akan perjuangkan tanah2 orang Melayu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nfir replied at 24-9-2024 06:22 PM
It's obvious kan...

Ini semua bermula bila pengundi Melayu berpecah kepada 14 juta parti.

Zaman PH1.0 pon petronas dijarah 30 bilion untuk "cukai tambahan" .. pegawai2 atasan petronas senyap jer

Bangkem sebenarnya terkejut petronas tarik diri dari teruskan saman petros.. bangkem ingatkan dorang akan fight ler dan dijangkan ambik masa berpuloh puloh tahun macam kes tanah kat jalan duta tuh.. dan sepanjang tempoh bicara di mahkamah ni maybe kuasa petros terhad sikit dan petronas masih dapat majoriti hasil minyak sarawak

Rupanya petronas kalah tanpa bertanding.. macam awak cakap  maybe ada campurtangan politik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.837974 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list