View: 34124|Reply: 1
|
[Tempatan]
Tiada tindakan undang-undang Petronas terhadap Sarawak
[Copy link]
|
|
Tiada tindakan undang-undang Petronas terhadap Sarawak
https://www.freemalaysiatoday.co ... s-terhadap-sarawak/
FMT Reporters
24 Sep 2024, 04:44 PM
Petronas sekian lama memonopoli pengeluaran minyak dan gas namun kerajaan Sarawak mahu meningkatkan kawalan ke atas sumber aslinya. (Gambar Petronas)
Dalam kenyataan bersama turut melibatkan Petros mengesahkan perbincangan pengedaran gas masih berjalan dan akan dimuktamad tidak lama lagi.
PETALING JAYA: Syarikat minyak negara, Petronas tidak mempertimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) seperti didakwa laporan berita, menurut kenyataan bersama ketiga-tiga pihak berkenaan.
Kerajaan Sarawak, Petronas, dan Petroleum mengesahkan perbincangan berkait pengedaran gas di Sarawak masih berlangsung antara pihak berkenaan dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi, katanya dalam kenyataan bersama dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak.
Semua pihak menghormati dan mematuhi undang-undang persekutuan dan negeri berkait perkara terbabit.
Sebelum ini, portal berita berpangkalan di Singapura memetik sumber pegawai kerajaan tidak dinamakan, sebagai berkata Petronas sedang mempertimbang tindakan undang-undang untuk mempertahankan monopoli terhadap sumber petroleum dan gas negara.
Laporan itu menyebut, Petronas mempertimbang memfailkan injunksi bagi mengelak pertembungan antara kerajaan persekutuan dan Sarawak, memandangkan kerajaan negeri berhasrat meningkatkan kawalan terhadap perdagangan dan pengeluaran minyak dan gas, serta produk berkaitan.
Laporan itu turut memetik peguam, sebagai berkata melainkan kerajaan negeri memutuskan untuk menyambung rundingan dengan Petronas, pertikaian berhubung perkara tersebut boleh mencapai kemuncak di mahkamah.
Terdahulu, Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata perbincangan bersama Petronas sedang berjalan dan akan dimuktamad sebelum 1 Okt.
Beliau menolak laporan bahawa perbincangan menemui jalan buntu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Petros tu singkatan untuk Petroliam Rosmah |
|
|
|
|
|
|
| |
|