CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15897|Reply: 7

[Tempatan] Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Lee Chin Chen: Timbalan Pengerusi BN Johor Nur Jazlan patut gesa Ketua Pemuda Umno Dr Akmal mohon maaf, bukan ejek DAP

[Copy link]
Post time 25-9-2024 09:34 AM | Show all posts |Read mode
‘Nur Jazlan patut gesa Akmal mohon maaf, bukan ejek DAP’

https://www.malaysiakini.com/news/720392

Diterbitkan:  Sep 24, 2024 9:49 PM
Dikemaskini: 9:53 PM



PRK MAHKOTA | Umno Johor seharusnya meminta Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang menyinggung perasaan terhadap masyarakat Cina Malaysia jika mahu memenangi pilihan raya kecil DUN ini, kata Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Lee Chin Chen.

Menurutnya, Umno Johor perlu bersikap pragmatik dalam berinteraksi dengan pengundi, bukannya memperburuk keadaan dengan menabur perpecahan melalui sindiran, label dan tuduhan.

Umno sepatutnya bermuhasabah diri terhadap sikap anggotanya dan berhenti menuding jari menyalahkan pengundi Cina dan DAP.

"Jika (Timbalan Pengerusi BN Johor Nur Jazlan Mohamed) bersedia turun padang dan mendengar pandangan ikhlas pengundi Cina di Johor tentang Akmal, dia akan segera memahami mengapa suasana pilihan raya kali ini begitu tegang," katanya pada kenyataan hari ini.



Lee berkata demikian selepas Nur Jazlan menulis di Facebook yang menekan DAP untuk memastikan pengundi Cina keluar mengundi PRK Mahkota pada Sabtu ini, sambil menyindir tugas itu mudah untuk DAP dan rangkaian laskar sibernya.

Nur Jazlan juga mendakwa sekumpulan pengundi Cina bertindak secara "oportunis" dalam membuat pilihan dan jika mereka tidak dapat dipengaruhi oleh calon BN yang berkeupayaan berbahasa Cina, Syed Hussien Syed Abdullah, mungkin bermaksud mereka tidak berminat untuk mengundi calon bukan Cina.

Menolak tuduhan Nur Jazlan, Lee mendakwa jika pengundi Cina tidak keluar mengundi sebab utamanya kerana “kelakuan ekstrem” Akmal dan bukannya faktor-faktor yang disebut Nur Jazlan.

"Walaupun DAP mendapat sokongan meluas dalam kalangan masyarakat Cina, pengundi Cina tidak pernah menjadi 'deposit tetap' bagi mana-mana parti politik.



"Mereka membuat penilaian sendiri dan pada PRK Mahkota ini, punca jelas ketidakpuasan hati disebabkan retorik perkauman Akmal,” tambahnya.

Lee turut menafikan dakwaan Nur Jazlan pengundi Cina tidak berminat untuk mengundi calon bukan Cina.

Sebagai contoh, katanya, Umno dan DAP telah berjaya bekerjasama pada PRK dan pilihan raya negeri tahun lalu, dengan ramai pengundi Cina tiada masalah mengundi calon bukan Cina.

Pada PRK Mahkota, Syed Hussien yang juga ketua Pemuda Umno Kluang dan bekas pelajar sekolah vernakular Cina berhadapan dengan calon PN Mohamad Haizan Jaafar, dalam pertandingan satu lawan satu.



Sekitar 35 peratus pengundi Cina di Mahkota, 54 peratus Melayu dan lapan peratus India.

Undi masyarakat Cina berpotensi menentukan kemenangan BN dalam mempertahankan kerusi tersebut dan terdapat kebimbangan peratusan keluar mengundi dalam kalangan komuniti itu mungkin rendah.

Salah satu faktor utamanya kerana tidak puas hati dengan serangan Akmal terhadap Naib Pengerusi DAP Teresa Kok mengenai isu sijil halal.

Sebelum ini Kok yang juga ahli parlimen Seputeh disiasat berhubung kenyataannya mengenai cadangan mewajibkan pensijilan halal ke atas restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.



Antara lain Kok berkata cadangan itu bakal membebankan peniaga, termasuk orang Islam dan boleh menjejaskan imej Malaysia.

Susulan itu Akmal menggelarkan Kok sebagai "Nyonya tua" dan memberi amaran supaya pemimpin DAP itu tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam.

Dia juga secara sinis meminta kerajaan menyediakan logo non-halal untuk “ditampal di dahi” pemimpin DAP itu.

Kok telah memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung isu itu namun menegaskan tiada keperluan untuk pihak berkuasa itu melakukan siasatan terhadapnya.



Dia juga telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Putrajaya untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 atas "penyalahgunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian".

Pada hari sama Kok mengeluarkan surat tuntutan kepada Akmal bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM25 juta.

Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya Sankara Nair and Partners, Kok mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Pun begitu Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Sept menjelaskan pergeseran antara Ketua Pemuda Umno dan Naib Pengerusi DAP berhubung isu pensijilan halal sudah reda.



Zahid berkata dia sudahpun mengeluarkan kenyataan pada 18 Sept berkaitan pendirian kerajaan bahawa permohonan sijil halal kekal dibuat secara sukarela.

"Dah reda (tone down), saya sendiri telah berjumpa dengan Dr Akmal pada 14 Sept lepas bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan saya juga telah memberitahu Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengenai perkara itu.

"Jadi isu ini telah ditutup," kata Zahid.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 12:27 PM | Show all posts
Next PRU - eloklah BN bertanding bersendirian sepertimana dahulu bersama-sama parti komponen yg lain dlm BN.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 12:44 PM | Show all posts
Bukan nyonya tu yg cakap "memalukan negara"? Dan2 putar belit fakta. Play victim much..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina mesti la undi ph/dap. Kan itu deposit tetap untuk phdap?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 25-9-2024 01:00 PM
Cina mesti la undi ph/dap. Kan itu deposit tetap untuk phdap?

Kalo x undi dap nak undi sapa lg ye x. X kan nak undi pas
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 03:11 PM | Show all posts
dekat nak prk kau tunjuk bergaduh ye?  masing2 nak tarik keyakinan bangsa-t sendiri ye. celaka punya tektik korang pakai mehhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
"minyak tada vole campur sama ayer la abg"-Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 03:25 PM | Show all posts
Kalau aku cina pun aku tak tau nak vote atau tak PRK ni. Baik duduk rumah makan2 ja kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.342144 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list