View: 18552|Reply: 29
|
[Tempatan]
Hampir 100 tahun, Dr Mahathir masih boleh pecut lebih 150km/j
[Copy link]
|
|
Hampir 100 tahun, Dr M masih boleh pecut lebih 150km/j
https://www.malaysiakini.com/news/720363
Diterbitkan: Sep 24, 2024 6:02 PM
Dikemaskini: 6:52 PM
Kira-kira dua bulan selepas meraikan hari lahir ke-99, Mahathir Mohamad masih mampu memandu laju sehingga lebih 154km sejam (km/j).
Melalui rakaman video yang dikongsi di media sosial bekas perdana menteri itu, kelihatan dia menguji litar lumba Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Mahathir ditemani Pengerusi Bukan Eksekuitif SIC, Mohamed Azman Yahya memandu Audi Q5 SUV.
Terdahulu Azman bertanya Mahathir kenapa dia terfikir membina litar itu suatu ketika dulu.
Kata Mahathir, Malaysia ketika itu tidak mempunyai banyak tarikan pelancong, justeru menganjurkan perlumbaan kereta akan menarik kedatangan pelawat dari negara luar.
“Kita juga perlu menghiburkan orang ramai. Rakyat mahu melihat sesuatu. Mereka melihat (perlumbaan) hanya di kaca TV. Mereka mahu melihat perkara sebenar,” tambahnya.
Pada awal video sepanjang 3.14 minit itu, Mahathir kelihatan berada di tempat duduk penumpang kenderaan tersebut manakala Azman mengendalikan stereng.
Bagaimanapun di penghujung video berkenaan Mahathir dilihat mengambil alih pemanduan dan menekan pedal minyak pada kelajuan tertinggi 154km/j.
Mahathir berkata dia dan bekas Pengerusi SIC, Basir Ismail, berbincang mengenai cadangan itu dan memutuskan bahawa ia akan menjadi pelaburan yang berbaloi, dengan matlamat utama menganjurkan perlumbaan Formula Satu.
Bekas perdana menteri itu - yang merasmikan SIC pada 7 Mac 1999 - berkata ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana Malaysia merupakan negara membangun pertama menjadi pentas pertandingan kereta seumpamanya.
Ditanya mengapa memilih Sepang, Mahathir menjawab: “Sebab kita ada tanah. Untuk lapangan terbang (Lapangan Terbang Antarabangsa KL), kita ada 25,000 ekar. Jadi ada ruang (untuk litar) dan ia tidak terlalu jauh (dari lapangan terbang yang dibina kemudian).
Azman kemudian bersetuju bahawa ia adalah lokasi yang baik.
"Kita menganjurkan perlumbaan untuk Porsche Carrera Cup Asia, Ferrari Challenge, untuk GT World Challenge Asia, mereka semua menyukai Sepang kerana ia sangat mudah untuk mereka."
Pada Ogos lalu, netizen memuji Mahathir dan laman web automotif popular Paul Tan menggelarnya sebagai "lelaki kereta berusia 99 tahun" melalui video yang menunjukkan dia sedang memandu uji Proton S70 baru.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lah, bkn susah pun takat tekan minyak jer pun....
Bawa kereta laju x melibatkan kudrat badan, lagi padu yg berumur lebih 85 tahun dpt lari pace 5:36 utk marathon..... Umur 85 dpt buat sub 4h....tu baru paduuu |
|
|
|
|
|
|
|
kau semua nak bahan kannnn. agak nya kau nanti umur 80 kot2 tak tahu yang mana steering yang mana pedal shift.
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 replied at 25-9-2024 10:28 AM
kau semua nak bahan kannnn. agak nya kau nanti umur 80 kot2 tak tahu yang mana steering yang mana ...
Xder pun aku bahan.... Cuma bagi aku takat tekan pedal kereta tu biasa lah, bukan guna kudrat tulang 4 kerat..... |
|
|
|
|
|
|
|
kira hebat la tun, cinapek tua kat kejiranan aku kalo bawak keta semedang kena sumpah. mcm jilaker walhal umur baru nampuluh. dah la slow ikut dan dia nk ke kiri ke kanan ke lane tgh ke
tu blm yg mabuk sondol org atas jalan sampai 5 org patah retah, umur baru 76 |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia F1 tidak shiok selepas tidak after race festivel... Series yang ada seperti shiok sendiri version saja.... SG and abu dhabi ka ching! sebab concerts and party events... Malaysia selepas banned music festival sendu bagi aku... Ada speedzone dahulu aku gigih cuti teman kan bapa aku ke sepang F1 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku akan puji tokdek if boleh bawa amber lounge |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat juga la.
Iols 120km pun sejuk2 kaki menekan. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulliah masih lg blh bw kereta. Kite tak tau lg umo kite mcm tu leh sihat lg ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
Waahh... terbayang akak, mesti sedap kan tekan minyak sambil layan lagu Slayyyter
|
|
|
|
|
|
|
|
Maibi iols takleh bawak laju2.. keta bergegar |
|
|
|
|
|
|
|
kete sedap blh la cer tekan 150 kancil rasa nak gugur jantung |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 29-9-2024 08:37 AM
Maibi iols takleh bawak laju2.. keta bergegar
kena bt balancing dgn alignment tayar tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 29-9-2024 03:54 PM
kena bt balancing dgn alignment tayar tu
Dah servis tapi mmg takleh bawak laju2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nw111 at 29-9-2024 05:25 PM
axl_bach replied at 25-9-2024 10:00 AM
Lah, bkn susah pun takat tekan minyak jer pun....
Bawa kereta laju x melibatkan kudrat badan, lagi ...
Aku nak tunggu umur hang 90 tahun nanti larat tak bawak kereta...kot2 umur 80 hang duduk atas kereta sorong je.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh ada problem lain kot
wira iols 140 stabil je
|
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 30-9-2024 12:26 AM
oh ada problem lain kot
wira iols 140 stabil je
Kekadang keta ada bunyi2.. hantaq servis deme tak kata apa.. tatau la |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai ada 2 benang pasal atuk merempit. Ya lah... isu besar kot.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|