CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17376|Reply: 0

[Tempatan] ULASAN | Risiko di sebalik peranti elektronik import

[Copy link]
Post time 25-9-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode
ULASAN | Risiko di sebalik peranti elektronik import

https://www.malaysiakini.com/news/720381

Ismail Hashim Yahaya
Diterbitkan:  Sep 24, 2024 8:00 PM
Dikemaskini: 8:00 PM



ULASAN | Kejadian letupan terancang peranti telekomunikasi mudah alih (kelui dan walkie-talkie) di Lubnan yang meragut 37 nyawa termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan 2,750 orang awam baru-baru ini membuka medan perang baru yang merentasi sempadan negara bangsa.

Menuru laporan agensi antarabangsa, letupan besar itu menyebabkan kesesakan di beberapa hospital di negara itu selepas ribuan mangsa dikejarkan untuk mendapatkan rawatan.

Serangan kejam itu harus menjadi ingatan kepada kita - sebagai pengguna alat elektronik - bahawa tindakan jenayah Israel tidak ada sempadannya. Rejim itu memang sanggup menyasarkan sesiapa saja yang mencabar mereka waima Barat dan ia dilakukan tanpa sekelumit kemanusiaan pun.

Dalam kegemparan ini, siapa yang boleh menjamin bahawa sebarang alat elektronik seperti telefon bimbit dari AS dan sekutunya boleh dianggap selamat daripada penyusupan elemen jahat?

Apa yang berlaku di Lubnan itu menunjukkan Israel adalah ancaman kepada kemanusiaan sejagat, membawa dunia ke era baru distopia dan kegelapan sejagat yang mendedahkan orang awam kepada bahaya maut di mana saja mereka berada.

Letupan alat komunikasi di Lubnan baru-baru ini mencetuskan keprihatinan mengenai keselamatan semasa proses pengeluaran dan rangkaian bekalan produk dari Barat, khususnya dari negara sekutu rapat Israel.

Jika diandaikan misalnya negara haram tersebut menganggap Malaysia terlalu lantang dalam perjuangan membela rakyat Palestin, apakah pengimportan barangan elektronik dari Barat boleh dianggap selamat?

Hizbullah terlepas pandang

Perkakasan teknologi maklumat dan ruang maklumat harus menjadi domain tambahan kepada keselamatan negara sebagai perlindungan orang ramai.

Pengeluaran komputer dan peralatan elektronik serta komponen berasingan termasuk pemproses, telefon bimbit, perisian dan pentas atas talian haruslah direka bentuk, dihasilkan dengan proses pengkodan oleh pengeluar yang boleh dipercayai.

Sesebuah negara harus menugaskan instituisi berkaitan untuk memantau mana-mana produk elektronik dan digital dari luar supaya ia selamat digunakan sebelum dijual kepada orang awam.

Justeru bahan letupan atau teknologi dan perisian tertentu boleh sahaja dimasukkan atau dibenamkan (embeded) semasa proses pengeluaran sesuatu produk eletronik.

Hizbullah terlepas pandang aspek tersebut.



Apa yang berlaku di Lubnan hanyalah isyarat awal mengenai keupayaan Israel melakukan lebih daripada sekadar meletupkan peranti tertentu dan ia melangkaui perang fizikal di Gaza dan Lubnan Selatan.

Segala produk elektronik, digital, ruang siber, kecerdasan buatan (AI), internet of things (IoT), ChatBot bahkan media sosial bolehlah dianggap berada dalam genggam mereka.

Kita juga telah menyaksikan bagaimana negara itu menggunakan AI untuk menyasarkan pejuang Palestin dan keluarga mereka untuk dihapuskan.

Kerana itulah pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah, mengarahkan para pejuangnya supaya jangan menggunakan telefon bimbit kerana ia tidak selamat daripada pemantauan Israel.

Perlu bawa ke PBB

Strategi meletupkan peranti kelui di Lubnan itu adalah untuk memaksa Hizbullah berhenti menyokong Hamas sekali gus memberi amaran bahawa mereka boleh bertindak dengan lebih jauh lagi di Lubnan.

Israel juga mahu mengingatkan Hizbullah bahawa mereka berupaya menyusup dan menggugat sistem teknologi pada masa depan jika kumpulan tersebut terus menyerang wilayah Israel.

Perubahan corak peperangan dengan menjadikan orang awam sebagai sasaran di mana-mana sahaja kini membawa dunia ke dalam era tidak menentu dan tidak selamat.

Seperti yang dijelaskan tadi, perang Israel ke atas Gaza dan Lubnan Selatan membawa dunia di ambang perang elektronk sejagat melampaui perang fizikal.

Barangan elektronik yang diimport dari Barat atau bersekutu dengan Washington oleh mana-mana negara yang menentang genosid kini terdedah kepada risiko besar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus memberikan perhatian kepada ancaman terbaru Israel kerana pengaruh mereka dalam syarikat gergasi elektronik dan digital memang tidak dapat dinafikan.

Ketika Malaysia mengecam serangan Lubnan di baru-baru ini, Putrajaya wajar membawa isu tersebut ke PBB untuk dibincangkan dan diambil tindakan.

ISMAIL HASHIM YAHAYA ialah pemerhati geopolitik dan perhubungan antarabansa.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 1.484354 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list