CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17188|Reply: 0

[Tempatan] Perintah larang Siti Kasim sertai perhimpunan 2022 sah, mahkamah putuskan

[Copy link]
Post time 25-9-2024 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Perintah larang Siti Kasim sertai perhimpunan 2022 sah, mahkamah putuskan

https://www.freemalaysiatoday.co ... -mahkamah-putuskan/

Bernama
24 Sep 2024, 08:25 PM


Siti Kasim dan pemohon bersama S Raveentharan menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan atas dakwaan pencabulan hak asasi mereka terhadap kebebasan bergerak, bersuara serta berhimpun.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan perintah larangan itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus Covid-19 ketika itu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan perintah larangan Mahkamah Majistret terhadap Siti Kasim dan seorang individu menyertai perhimpunan 2022 yang menuntut peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, sah di sisi undang-undang.

Perhimpunan semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan Covid-19 pada 22 Jan 2022 itu diadakan berikutan skandal pemilikan saham dikaitkan dengan Azam, namun beliau menjelaskan tidak melakukan sebarang kesalahan kerana saham itu dibeli adiknya menggunakan nama beliau.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang menolak permohonan Siti dan pemohon bersama S Raveentharan untuk semakan kehakiman terhadap perintah pada 2022, memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus Covid-19 ketika itu.

Dengan itu, perintah yang dibuat Mahkamah Majistret adalah sah, oleh itu ia tidak boleh disemak secara kehakiman. Justeru, permohonan ini ditolak dan tiada perintah mengenai kos, kata hakim.

Siti diwakili peguam Kee Hui Yee, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Nur Irmawatie Daud mewakili ketua polis negara, kerajaan dan dua pegawai polis.

Mahkamah Tinggi pada awalnya menolak permohonan Siti dan Raveentharan untuk memulakan semakan kehakiman, namun pada Mei 2023, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dua pemohon itu untuk kebenaran dan mengembalikan tindakan berkenaan kepada Mahkamah Tinggi bagi mendengar merit semakan kehakiman.

Menerusi cabaran itu, Siti dan Raveentharan menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan atas dakwaan pencabulan hak asasi mereka terhadap kebebasan bergerak, bersuara dan berhimpun.

Siti juga meminta pampasan atas penghinaan dan kesengsaraan mental didakwa dialaminya, serta kekejangan kaki teruk.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.778283 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list