View: 41934|Reply: 17
|
Piala Dunia 2034 : Arab Saudi sedia sambut semua peminat bola sepak termasuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT)
[Copy link]
|
|
Riyadh: Ketua unit bidaan untuk Piala Dunia 2034 Arab Saudi, Hammad Albalawi berkata, negaranya mengalu-alukan semua pelawat, termasuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dan usaha mereka untuk menjadi tuan rumah acara membabitkan 48 pasukan itu tidak ada kaitan dengan isu hak asasi manusia.
Badan induk Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) mengehadkan bidaan untuk edisi 2034 kepada Konfederasi Asia dan Oceania kerana Maghribi, Portugal dan Sepanyol akan berkongsi penganjuran kejohanan 2030.
Tuan rumah edisi 2034 akan diumumkan secara rasmi di Kongres Fifa pada 11 Disember dan bidaan Arab Saudi hampir pasti akan berjaya kerana tiada pesaing lain sebelum tarikh akhir Fifa akhir tahun lalu.
Pada Ogos lalu, Amnesty International menyatakan bahawa Arab Saudi gagal memenuhi keperluan hak asasi manusia yang ditetapkan oleh Fifa dalam bidaan mereka untuk Piala Dunia 2034 dan menyeru tindakan segera untuk meningkatkan perlindungan hak asasi manusia di negara itu.
Ia selepas Amnesty difahamkan bahawa seseorang individu boleh dijatuhi hukuman mati jika terbukti terlibat dalam hubungan seks sejenis di negara itu.
"Anda akan dihormati," kata Albalawi kepada Sky Sports ketika ditanya mengenai pengunjung LGBT ke negaranya.
"Anda akan disambut di Arab Saudi kerana penghormatan dan sambutan ini adalah untuk semua orang dari seluruh dunia."
"Kami menghormati privasi semua tetamu kami. Kami sudah menyaksikan berjuta-juta tetamu datang ke Arab Saudi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Kami sudah menganjurkan lebih daripada seratus acara sukan yang dihadiri oleh lebih dari tiga juta peminat yang menikmati pengalaman mereka," katanya lagi..
Sumber :– Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
iols yg minat jantan ni menyampah golongan woke yg lbgtqs yg nak mintak hak samarata |
|
|
|
|
|
|
|
"jumpa di sana...di sana...di sana...."-sajat |
|
|
|
|
|
|
|
Saudi tak takot ke nanti lobai Malaya pakat boikot world cup |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kapir yang dijamin neraka pun boleh masuk tak kan lgbtq isle tak tinggal sholat tak boleh datang tengok bola.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat Saudi sekarang yang betul I think Athari saja.
MBS memang nak please Masonic elites. |
|
|
|
|
|
|
|
lain macam saudi sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Arab ni dh mmg nature dia jahiliyah sblm datangnya nabi, so x pelik DNA diorg nti akan menurun ke anak cucu plk, skrg pun mula balik peel x semenggah |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 26-9-2024 06:38 PM
Pak Arab ni dh mmg nature dia jahiliyah sblm datangnya nabi, so x pelik DNA diorg nti akan menurun ...
Melayu nature dia main susuk nasi kangkang orang minyak rugul dara sunti sissy…. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 26-9-2024 07:12 PM
Melayu nature dia main susuk nasi kangkang orang minyak rugul dara sunti sissy….
Mulayu sblm ni agama animisme sembah pokok, main pawang, dukun santet sampai skrg DNA mulayu lebih percaya tok bomoh & suka santau sis |
|
|
|
|
|
|
|
gerenti un mengamok. tantarum meroyan mcm arab tu tanah malaya d buatnya |
|
|
|
|
|
|
|
bapok2 influenza..mak ayam kosmetik timbang kati pun ramai jah dah naik haji..umrah bagai..setakat tgk bola tu apa la sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 25-9-2024 12:22 PM
iols yg minat jantan ni menyampah golongan woke yg lbgtqs yg nak mintak hak samarata
Dah tu uols nak teruskan hubungan illegal tanpa nikah dgn anak tak sah taraf ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 26-9-2024 08:04 PM
Ummah LGBTQ+ gay dalam almari tersenyum sinis{: ...
Arab Saudi ramai ummah Q |
|
|
|
|
|
|
|
Gelak bsar iol bca komen uol ni sbb mmg btul pun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|