View: 39029|Reply: 7
|
Insiden ketika latihan ketenteraan di Australia: 12 tentera Singapura dimasukkan ke hospital
[Copy link]
|
|
Sydney: Seramai 12 tentera Singapura dimasukkan ke hospital selepas terbabit kemalangan ketika menjalani latihan ketenteraan di Australia.
Beribu-ribu tentera Singapura dihantar ke Australia untuk Eksesais Wallaby, salah satu latihan luar negara terbesar di negara itu.
Kementerian Pertahanan Singapura berkata, sebuah kenderaan tempur berperisai Hunter menghalang kenderaan tempur lain ketika bergerak kembali ke pangkalan di kemudahan latihan Shoalwater Bay Australia, pada malam Selasa.
Kementerian itu berkata, seramai 12 anggota tentera mengalami kecederaan tidak serius dan mereka dibawa ke hospital.
"Mereka kini dirawat atau pulih dengan baik," katanya.
Tentera Singapura menggesa jeda keselamatan supaya ia boleh mengingatkan pemandu untuk mengekalkan jarak yang betul.
Latihan perang unilateral berlaku di bawah perjanjian yang sudah lama terjalin antara Australia dan Singapura, yang tidak mempunyai kawasan daratan untuk melatih tenteranya secara berskala.
Sumber :– Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Oo tumpNg oz utk training ka. Jauh nohh |
|
|
|
|
|
|
|
"...Beribu-ribu tentera Singapura dihantar ke Australia untuk Eksesais Wallaby..."
cuaca, muka bumi, vegetations tak sama.
ramai2 pergi ni siapa nak jaga pulau...
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasa masuk berita kan time NS kt oz hada yg mati |
|
|
|
|
|
|
|
'kita hendak berperang dengan siapa'...kata2 ahli politik bermata sepet sambil kapal2 perang tanah besar berlegar-legar di laut Malaysia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa kecik2 selalu nmpk kapal terbang Singapura ceroboh msuk buat latihan.. sian xde ruang nk berlatih bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
babynina30: Oo tumpNg oz utk training ka. ...
Kalau x silap atm pon ada je hantar tentera ke oz utk latihan |
|
|
|
|
|
|
|
singapore ni mereka tak tempat nak latihan tentera semua mereka buat negara lain...mereka pergi Australia , new zealand, japan USA..paling dekat mereka pergi masuk hutan di Brunei...
malaysia kan dekat..nape x nak berlatih kt malaysia? hahahahahhaha..
kalau aset kapak pula mreka simpan banyak kt USA dan australia |
|
|
|
|
|
|
| |
|