View: 40625|Reply: 14
|
Lubang benam sedalam satu meter ‘muncul’ di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
[Copy link]
|
|
SEPANG- Lubang benam sedalam satu meter dilaporkan berlaku di jalan masuk Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang, kejadian itu berlaku di kawasan berturap di antara pintu masuk dan keluar Kompleks Bunga Raya di KLIA Terminal 1.
Katanya, kedalaman lubang benam itu dianggarkan sedalam satu meter dan status jalan itu boleh dilalui oleh semua kenderaan.
“Pemeriksaan mendapati terdapat satu ‘manhole’ kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam yang mana kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi punca kejadian,” katanya hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, kejadian itu telah dimaklumkan kepada pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).
“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan kami
akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh mereka,” katanya.
Pada masa sama, Kosmo! juga sedang mendapatkan perincian terkini daripada MAHB berhubung kejadian berkenaan.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Nak salahkan apa bila jadi lubang benam ni, situ takde balak kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 25-9-2024 03:10 PM
Nak salahkan apa bila jadi lubang benam ni, situ takde balak kan?
Salahkan bangnon tgkp gisb |
|
|
|
|
|
|
|
good idea.
do'a orang2 teraniaya kan makbul.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Pemeriksaan mendapati terdapat satu ‘manhole’ kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam yang mana kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi punca kejadian,” katanya hari ini.
Benda boleh gadoh buatpe repair. |
|
|
|
|
|
|
|
klia pun dh hampir 30thn..msti la ada paip2 bawah tanah yg dah pecah.bila tak baiki mmg jd kawah dalam tanah |
|
|
|
|
|
|
|
kena check balik spec paip2 yang dipasang, takut spec dalam paper dia mintak saiz 30cm, kontraktor pasang 10cm...harga antara saiz jauh beza...demi keuntungan...
bila dah beberapa tahun, paip pun pecah sebab tak boleh tampung, JKR tengok buku, paip kalau ikut spec boleh tahan 1000 tahun, tapi ni beberapa tahun dah pecah...
contoh... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dgq, jaman now deme pakai mesin nak detect paip pecah ka apa.. patutnya deme selenggara mcm ni la.. bkn berpandukan buku manual tgk baper lama paip bleh bertahan.. realiti tak sama dgn dlm manual kekadang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut lobai PAS dalam ceramahnya, apa-apa lobang mendap yang berlaku... bala dari tuhan walopun paip tu sebenarnya dah usang dan pecah.
Kalo paip air usang tak berganti kat Kelantam, itu ujian tuhan. Puikk. |
|
|
|
|
|
|
|
elok la kat bunga raye lak tu |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis: kena check balik spec paip2 ya ...
Tak laa yuu.. project MAHB w/pun pakai kroni cable aircond supervision tiptop.. penah dah beramai2 manager kena transfer kes corruption ni. Semua org tau manager tu corrupt |
|
|
|
|
|
|
|
Ni belum lagi hujing tahun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|