View: 35384|Reply: 4
|
[Tempatan]
Parlimen haramkan gula setiap Rabu
[Copy link]
|
|
Parlimen haramkan gula setiap Rabu
https://www.malaysiakini.com/news/720493
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Sep 25, 2024 5:01 PM
Dikemaskini: 5:03 PM
Hari Rabu setiap minggu ditetapkan sebagai hari tanpa gula di Parlimen bagi menerapkan gaya hidup sihat, kata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.
Katanya, dengan keputusan itu bermakna Parlimen "mengharamkan" pengunaan gula dalam minuman pada setiap hari Rabu termasuk dalam kalangan ahli parlimen.
"Hari Rabu (kita) ‘haramkan’, tak ada gula (di Parlimen) untuk amal gaya hidup sihat, kita akan pantau.
"Setiap Rabu bermula 14 Okt (akan diumumkan) hari tanpa gula," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini selepas Sesi Libat Urus Bersama Pengamal Media.
Pada 13 Sep lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh melancarkan kempen 'Jom Kosong' yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dengan minuman tanpa gula akan diperluas ke seluruh negara, secara berperingkat.
Katanya, usaha itu akan melibatkan penyertaan lebih ramai pengusaha restoran dan kedai makanan segera, bertepatan dengan usaha Kempen Perangi Gula yang dilancarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 8 Sep lalu.
Setakat ini, kempen itu mendapat sokongan kira-kira 14,000 kedai makanan di seluruh negara.
Sementara itu, Johari berkata dia juga akan terus mewajibkan ahli Parlimen menjalani program pemeriksaan kesihatan.
Katanya, melalui langkah ini terdapat ahli Parlimen yang berjaya mengesan penyakit yang dialami sejak dari awal.
"Setakat ini banyak juga yang saya difahamkan (ahli Parlimen) terjumpa (penyakit).. bila dia tahu, mereka mula jumpa doktor dan ambil ubat.
"Ia progress yang baik dan saya akan teruskan (program pemeriksaan kesihatan)," katanya lagi.
Sebelum ini semua ahli Parlimen diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 Nov 2024.
Johari berkata, mana-mana Ahli Dewan Rakyat gagal berbuat demikian, nama mereka akan dipaparkan di laman web Parlimen.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I like this. Harap jadi budaya.
Dah terlanjur 'haram' ni kalau buat juga apa hukumannya, di parlimen ada lubang neraka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Haramkan ponteng tak pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurangkan gula dalam senyuman, tambahkan manis dalam makanan |
|
|
|
|
|
|
|
Pada hari Rabu mesti pokcik2 yg tak cukup gula lebih mudah mengamuk. Jaga2 pekerja parlimen. |
|
|
|
|
|
|
| |
|