CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35807|Reply: 6

[Tempatan] Harga minyak turun, PETRONAS dijangka bayar dividen lebih rendah

[Copy link]
Post time 25-9-2024 06:53 PM | Show all posts |Read mode
Harga minyak turun, PETRONAS dijangka bayar dividen lebih rendah

https://www.bharian.com.my/bisne ... ividen-lebih-rendah

Oleh BERNAMA - September 25, 2024 @ 1:27pm


Syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS - NSTP/GENES GULITAH

KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Bhd menganggarkan pembayaran dividen daripada PETRONAS akan lebih rendah daripada RM32 bilion pada 2025, disumbangkan oleh prestasi yang lebih lemah pada 2024 di tengah-tengah penurunan harga minyak.

Bank pelaburan itu berkata, adalah penting bagi mendapatkan maklumat jangkaan pembayaran dividen PETRONAS untuk 2025 terutamanya apabila perbincangan antara Petroleum Sarawak (Petros) dan PETRONAS masih berterusan.

Kerajaan juga berkemungkinan akan mengutamakan inisiatif tenaga hijau untuk menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), katanya.

"Oleh itu, kami tidak akan terkejut terdapatnya peruntukan untuk pembangunan tenaga boleh baharu, dan mungkin juga penambahbaikan infrastruktur grid untuk memudahkan inisiatif seperti Skim Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui Korporat," katanya dalam satu nota penyelidikan, semalam.

Satu daripada langkah ketara yang mungkin dibentangkan dalam Belanjawan 2025 ialah penerusan atau pengembangan rebat tunai di bawah program Pemeteran Tenaga Bersih bagi memacu penggunaan solar, terutamanya dalam kalangan pemilik rumah, menurut bank pelaburan itu.

Untuk menggalakkan penggunaan tenaga solar kediaman, RHB Investment Bank mencadangkan sokongan tambahan diperlukan terutamanya untuk kumpulan B40 menerusi pinjaman dan subsidi dengan faedah yang rendah.

Kerajaan pada masa yang sama masih menilai kesan rasionalisasi subsidi diesel, katanya.

Ia percaya kemungkinan penghapusan subsidi RON95 mungkin tidak diketengahkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 akan datang.

Sebaliknya, RHB Investment Bank percaya hab petrokimia di Pengerang akan mendapat manfaat pada pembentangan itu sekiranya butiran lanjut mengenai perkembangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) diumumkan.

-BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 07:01 PM | Show all posts
Harga minyak apa yang turun? Cakap biar terang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 08:29 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-9-2024 07:01 PM
Harga minyak apa yang turun? Cakap biar terang.

kannn....beriya aku masuk thread.....ishkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Di hujung artikel cerita nak hapuskan subsidi RON95.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 08:43 PM | Show all posts
ultra78 replied at 25-9-2024 08:31 PM
Di hujung artikel cerita nak hapuskan subsidi RON95.

erkkkk......
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Walanon dok gebang ringek turun, minyak turun tp takkan la dividen pun nak trun gak siap nak mansuh subsidi lagi tu.. apa punya sial la krajaan BT ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2024 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Last 2w kan station minyak area rumah aii habaq minyak xdak padahal tanya2 bos di beli minyak sehari sebelum harga 95 murah. Kemain sanggup xmau rugi xbukak pump. Dok ingat rosak ka apa.2-3hari gak laa Shell dok buat lagu tuu.Apaaa lg kami ramai2 habaq nk p report kat KPDNK baru dia bukak utk org isi minyak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.417761 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list