CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10125|Reply: 26

[Tempatan] Imigresen tahan 4 pengemis lelaki OKU warga China raih RM10,000 sebulan

[Copy link]
Post time 26-9-2024 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Imigresen tahan pengemis OKU warga China raih RM10,000 sebulan

https://www.freemalaysiatoday.co ... ih-rm10000-sebulan/

Bernama
25 Sep 2024, 10:51 PM


Pengarah Imigresen Johor, Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata sikap pemurah rakyat tempatan menyebabkan pengemis OKU warga China lebih agresif mendekati pengunjung pasar malam atau premis. (Gambar Jabatan Imigresen Johor)

Pengarah imigresen Johor berkata, empat lelaki dalam lingkungan 36 hingga 67 tahun dipercayai mengemis di pasar malam serta premis sekitar Johor Bahru.

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pengemis orang kurang upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini kelmarin dan semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata semua lelaki dalam lingkungan 36 hingga 67 tahun itu ditahan berasingan dan dipercayai mengemis di pasar malam serta premis sekitar bandar raya ini.

Beliau berkata, penahanan itu hasil maklumat awam dan risikan selama tiga minggu.

“Kegiatan ini dipercayai dilakukan secara berkumpulan dan mereka sering berpindah-randah, disyaki diatur oleh sindiket. Ketika operasi dilakukan, terdapat cubaan melarikan diri ke Ipoh, Perak dengan menaiki bas.

Mereka didapati mampu meraih pendapatan hingga RM10,000 sebulan dengan hanya bermodalkan kekurangan fizikal dan cacat anggota, katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sikap pemurah rakyat tempatan menyebabkan mereka lebih agresif mendekati orang ramai yang mengunjungi pasar malam atau premis.

Kita turut merampas wang tunai RM9,000 dalam operasi berkenaan, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) serta 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam kenyataan berasingan, Rusdi berkata, 45 pendatang tanpa izin ditahan dalam Op Mahir, Op Dandan, Op Belanja dan Op Selera di Taman Daya di sini pada 1 tengah hari semalam.

Mereka terdiri daripada 22 lelaki Bangladesh, 15 lelaki dan lima wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki India, wanita Vietnam dan wanita Indonesia berusia dalam lingkungan 19 hingga 44 tahun.

“Mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(b) dan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6 (1)(c) dan 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Seorang lelaki Myanmar yang merupakan penjaga sebuah restoran tidak berlesen pula ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2024 08:51 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 26-9-2024 12:53 AM



Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat pasar malam berlambak.. asal pegi pasar malam ada je muka2 sama. Walaupun lain kawasan. Sama cam bangla jual ikan. Sebekas rm10. Ramai yg beli.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:01 AM | Show all posts
mcm mana dia masuk malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:02 AM | Show all posts
Kena report selalu kalau nmpk keadaan mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah nampak yang kena cacatkan teruk kat Chinatown. Sebelah tempurung kepala hilang. Pehtu kudung kaki dan tangan. Umo berapa la agaknya that young man kena culik dulu pehtu dipaksa jadik pengemis lepas diseksa gitu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2024 10:14 AM | Show all posts
dah lama tak bagi derma kpd mana2 pengemis yg approach minta wang
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia x perlu berparang merompak berpistol meragut taw, hanya minta sedekah boleh dpt wang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 11:02 AM | Show all posts
bak kata warga tenet, kita derma je.. dapat pahala..
dorang tipu tu antara dorang dengan tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 26-9-2024 10:55 AM
Malaysia x perlu berparang merompak berpistol meragut taw, hanya minta sedekah boleh dpt wang

Nak tlg byr ikat jamin court pun menderu2 duit masuk acc siap terlebih lg,  ada artis tu modal kena cancer je ribu riban masyukkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 26-9-2024 10:55 AM
Malaysia x perlu berparang merompak berpistol meragut taw, hanya minta sedekah boleh dpt wang

selain jadi scammers...mengemis pun masyuk

penat je pecah rumah..bertembak dgn abam pulis

ko tgh berak pun bleh scam

dari ribuan nomo takkannnn satu pun tak kne

sekali scam ribu ribu polohan ribu rm !

mungkin lah mengemis ni B40 ..scamming ni M40 dgn   T20 ...kut
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasti bangla atau rohingya dah ada org mengemis dekat kawasan rumah i
Simpang trafik light belah dalam bukan jalan besar tapi ada masa byk kereta la lalu jalan tu
Kalau nampak lagi nak report kat sapa hal depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi menyampah kat pengemis alaf baru..pakai custom katak,beruang,boya..berjalan kat pantai..makin ramai pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:35 PM | Show all posts
ini pengemis pasar malam cina ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 26-9-2024 11:18 PM
Aku lagi menyampah kat pengemis alaf baru..pakai custom katak,beruang,boya..berjalan kat pantai..mak ...

kat pasar malam jb siap bukak speaker nyanyi lagi p ramlee "tolong kami , bantu kami, anak2 yatim piatu" padehal dah tua umur 30-an. tapi pakai costume katak tak nampak la tua hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:05 AM | Show all posts
tu dia cm na boleh masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat bukit bintang tu muka sama je ngemis tepi jalan. Berapa la income dorg ekkk. Modal kerusi roda.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols lama dah tak bagi duit kat peminta sedekah. Baik dahulukan sedara mara yang memerlukan. OKU segala bagai ni bior kerajaan yang urus, kita kan bayar cukai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:24 AM | Show all posts
org mesia mmg pemurah

tu pasal set2 pemintak derma.. penunggeng agama tumbuh bak cendawan lepas ujan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak 20 tahun lepas lagi dah nampak pengemis kudung mcm ni mengemis di pasar malam. Nampak sangat bukan orang tempatan. Mcm mana mereka boleh masuk negara. Pegawai imigresen makan rasuah kot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.740332 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list