CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8948|Reply: 0

[Tempatan] Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) siasat pembuangan sisa disyaki bahan kimia di Sungai Buloh

[Copy link]
Post time 26-9-2024 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Luas siasat pembuangan sisa disyaki bahan kimia di Sungai Buloh

https://www.freemalaysiatoday.co ... ia-di-sungai-buloh/

FMT Reporters
26 Sep 2024, 12:08 AM



Lapan tong tidak berlabel disyaki mengandungi sisa bahan kimia didapati dibuang di alur parit di sebuah kawasan perindustrian di Sungai Buloh. (Gambar LUAS)

PETALING JAYA: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) melancarkan siasatan susulan penemuan lapan tong tidak berlabel disyaki mengandungi sisa bahan kimia dibuang di alur parit di sebuah kawasan perindustrian di Sungai Buloh.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin dalam kenyataan berkata, tong disyaki mengandungi sisa bahan kimia itu dikesan di Jalan Desa Aman pada 2 petang semalam.

“Semakan Luas dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengesan bau yang kuat seakan bahan kimia di lokasi pembuangan tong-tong tersebut.

Pemerhatian lanjut Luas mendapati alur parit tersebut memasuki Sungai Gasi dan seterusnya ke Sungai Buloh, katanya menambah, tiada muka sauk loji rawatan air berada di hilir aliran terlibat.

Jamaliah berkata, Luas telah mengambil sampel untuk dianalisis dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 79(4) Enakmen Luas 1999.

Kerja-kerja pembersihan di lokasi telah dilaksanakan oleh MPS, tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, pihak Luas telah segera berkomunikasi dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS); Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); polis dan bomba dalam tindakan bersepadu bersama.

“Luas dan agensi kerajaan Selangor serius dan komited dalam memastikan sumber air dan alam sekitar negeri sentiasa terpelihara.

“Kerajaan Selangor menyeru kepada semua agar tidak menjadikan kawasan sumber air, terutamanya sungai, sebagai tempat pembuangan sampah dan sisa.

Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air ialah tanggungjawab bersama, katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 1.454883 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list