CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6044|Reply: 0

[Dunia] 20 tahun bergelar doktor palsu besarkan alat sulit lelaki

[Copy link]
Post time 26-9-2024 10:38 AM | Show all posts |Read mode
20 tahun bergelar doktor palsu besarkan alat sulit lelaki
Oleh KOSMO
25 September 2024



Suspek (kiri) ditahan di tempat dia menjalankan rawatan pembesaran kemaluan di Samut Sakhon pada Khamis lalu. - Wassayos Ngamkham


BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand ditahan kerana melakukan prosedur pembesaran alat sulit lelaki tanpa lesen perubatan yang sah selama 20 tahun, lapor portal berita Oddity Central semalam.

Kittikorn Songsri, 36, ditahan di sebuah rumah di daerah Krathum Baen, wilayah Samut Sakhon pada minggu lalu.

Meskipun tidak memiliki lesen perubatan, suspek mengaku mengiklankan perkhidmatannya melalui media sosial dan mengendalikan dua hingga tiga pesakit setiap bulan.

“Saya belajar melakukan implan sejak berusia 14 tahun dan menamatkan pengajian pada Mathayom Suksa 3 (darjah 9),” katanya kepada polis.

Menurut polis tempatan, salah seorang pelanggan membuat laporan selepas mengalami jangkitan kuman setelah mengambil suntikan silikon.

“Semasa disoal siasat, suspek memberitahu bahawa dia telah menyediakan perkhidmatan itu sejak 20 tahun lalu dan mengenakan bayaran antara 5,000 baht (RM630) hingga 20,000 baht (RM2,500) bagi setiap prosedur.

Kittikorn didakwa atas kesalahan menjalankan operasi klinik perubatan tanpa kebenaran dan menyediakan perkhidmatan perubatan tanpa lesen. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.345298 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list