CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10886|Reply: 0

[Sabah] Wanita cuba seludup keluar tong gas LPG ditahan

[Copy link]
Post time 26-9-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Suspek bersama barang kawalan berkenaan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

TAWAU: Seorang wanita ditahan selepas disyaki cuba menyeludup keluar 12 tong gas petroleum cecair (LPG) di tempat letak kereta Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, di sini, semalam.

Suspek berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang sedang membuat rondaan di sekitar CIQ Lama, kira-kira jam 8 pagi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya mengesan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

Katanya, anggota PPM bertindak menghampiri kenderaan suspek untuk membuat pemeriksaan ke atas muatan barang yang dibawa.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan menemukan longgokan 12 tong LPG tanpa sebarang surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Barang-barang kawalan berkenaan disyaki cuba dibawa ke negara jiran tanpa sebarang kebenaran,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, semua barang kawalan termasuk kenderaan yang dianggarkan bernilai 37,400 itu dibawa ke Markas Operasi PPM untuk tindakan lanjut
“Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.200402 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list