CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11276|Reply: 0

[Sarawak] Kontraktor hantar barang ke pedalaman guna pengangkutan sungai perlu lapor perjalanan

[Copy link]
Post time 26-9-2024 12:32 PM | Show all posts |Read mode


Tiga mangsa yang menaiki perahu terbabit selamat dalam insiden karam tersebut.-Gambar Facebook Crisstian Moses

SONG: Kontraktor yang menghantar barang ke kawasan pedalaman menggunakan perahu atau bot dinasihatkan untuk melaporkan perjalanan mereka kepada pihak berkuasa, terutama ketika melalui sungai-sungai berbahaya seperti Sungai Katibas.

Ketua Polis Daerah Song DSP Rowney Michael Jalak (gambar) berkata, ini bagi memastikan tahap keselamatan yang maksimum sebelum perjalanan dimulakan.


Saranan tersebut susulan daripada insiden perahu karam yang berlaku pada Isnin lalu di Rantau Nanga Ujat, Sungai Katibas, ketika tiga lelaki dalam perjalanan dari pekan Song menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bedil untuk menghantar barang keperluan sekolah.

Menurut Rowney, kejadian itu berlaku sekitar jam 10.30 hingga 11.00 pagi apabila perahu panjang yang dinaiki tiga lelaki berusia antara 30-an hingga 80-an telah karam.

"Semua mangsa terselamat, namun seorang lelaki berusia 80-an mengalami kecederaan ringan di tangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, cuaca semasa kejadian adalah baik dan cerah, tetapi paras air yang rendah serta kewujudan banyak karangan di sungai mungkin menjadi penyumbang kepada kejadian tersebut.

Rowney memaklumkan bahawa sehingga kini, tiada laporan rasmi diterima, dan butiran lanjut mengenai mangsa masih belum diperoleh kerana mereka meneruskan penghantaran barang ke sekolah selepas insiden tersebut.

Beliau juga menjelaskan bahawa PDRM Song kerap menjalankan program kesedaran bersama masyarakat setempat, termasuk program 'Community Policing', 'Meet & Greet', dan 'Talk To Us'.

"Program-program ini menekankan kepentingan langkah keselamatan semasa menggunakan perahu, seperti penggunaan jaket keselamatan, memastikan perahu dalam keadaan baik, dan tidak membawa penumpang berlebihan," jelasnya.

Rowney turut menasihatkan penduduk setempat agar mengelakkan turun ke sungai ketika musim air besar dan arus deras, serta memastikan hanya individu yang berpengalaman mengemudikan perahu di kawasan berisiko.

Beliau berharap insiden seperti ini dapat dielakkan pada masa hadapan dengan kesedaran yang lebih tinggi dalam kalangan penduduk, terutamanya mereka yang masih bergantung kepada pengangkutan sungai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.077216 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list