CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12960|Reply: 1

[Sarawak] Rebut peluang pelajari ilmu angkasa lepas

[Copy link]
Post time 26-9-2024 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Manfaatkan penubuhan Fakulti Aeroangkasa di i-CATS University College, rancangan Sarawak bangun industri angkasa lepas



Sagah menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan sempena Majlis Konvokesyen ke-26 Sarawak Skills dan i-CATS University College. - Gambar UKAS
“Bidang pengajian baharu ini amat berkaitan dengan teknologi tinggi dan oleh itu, kita membuka pusat pengajian khusus untuk semua yang berkaitan teknologi aeroangkasa, termasuk penghasilan komponen pesawat dan peralatan elektronik penerbangan.”

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Premier Sarawak

Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Anak-anak Sarawak diseru untuk merebut peluang keemasan mempelajari ilmu angkasa lepas khususnya teknologi angkasa dengan memanfaatkan penubuhan Fakulti Aeroangkasa di i-CATS University College.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bidang tersebut relevan pada masa kini terutama dengan Kerajaan Sarawak merancang membangunkan industri angkasa lepas selepas kerajaan persekutuan mengenal pasti negeri ini sebagai tapak pelancaran satelit.

“Bidang pengajian baharu ini amat berkaitan dengan teknologi tinggi dan oleh itu, kita membuka pusat pengajian khusus untuk semua yang berkaitan teknologi aeroangkasa, termasuk penghasilan komponen pesawat dan peralatan elektronik penerbangan.

“Oleh itu, anak-anak Sarawak harus mengambil peluang ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-26 Sarawak Skills dan i-CATS University College di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.


Antara graduan yang diraikan selepas menamatkan pengajian masing-masing. - Gambar UKAS

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Mengulas lanjut, Abang Johari menjelaskan penubuhan Fakulti Aeroangkasa direalisasikan oleh Kumpulan Institusi Pengajian Sarawak Skills melalui i-CATS University College.

“i-CATS University College akan memberi tumpuan kepada subjek seperti astronomi, fizik, kimia dan algoritma, iaitu subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM),” katanya.

Tambah Abang Johari, bagi menyokong bidang angkasa lepas serta industri aeroangkasa, Sarawak telah menubuhkan akademi semikonduktor untuk melatih rakyat Sarawak dalam reka bentuk cip kerana semuanya melibatkan kejuruteraan avionik.

“Cip ini bukan sahaja untuk kegunaan analog tetapi juga untuk menyimpan data,” jelas beliau.

Akademi semikonduktor katanya, akan berguna kerana komponen yang sangat penting dalam industri satelit ialah komunikasi aeroangkasa yang memerlukan cip.

Dalam pada itu, Majlis Konvokesyen Sarawak Skills dan i-CATS University College Ke-26 meraikan 982 graduan dengan 663 graduan daripada Sarawak Skills manakala 319 graduan lain adalah daripada Kolej Universiti i-CATS.

Graduan yang diraikan terdiri daripada pemegang ijazah sarjana muda, diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Laluan kerjaya luas sik? Kamek suka bidang tok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.415151 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list