Notis pemberitauan JKR Sarawak mengenai penutupan tersebut.
SIBU: Pelanjutan penutupan sementara satu lorong di laluan kawasan perumahan dan bandar Sibu Jaya sehingga 30 November depan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi notis pemberitahuannya berkata, penutupan itu bagi kerja-kerja pembinaan jalan di kawasan lanjutan dari CH6 +210 ke CH6 +750 pada sebelah kanan.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pejabat JKR Bahagian Sibu 084-314040 (waktu pejabat) atau Roger Goh (016-5257374).
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati memandu apabila menghampiri kawasan tersebut dan mematuhi papan tanda yang betul.
Notis pemberitauan JKR Sarawak mengenai penutupan tersebut.
|