View: 35007|Reply: 33
|
[Tempatan]
2 maut diserang gajah liar belakang SK Felda Tenggaroh. #2, [KEMAS KINI] Cuba halau gajah, tukang kebun maut, rakan parah diserang
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 26-9-2024 09:42 AM
2 maut diserang gajah liar belakang SK Felda Tenggaroh
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... sk-felda-tenggaroh/
Oleh KOSMO!
26 September 2024, 3:19 pm
PENDUDUK kampung mengangkat salah seorang mangsa serangan gajah liar di Felda Tenggaroh, Mersing, hari ini. - Foto IHSAN PEMBACA
MERSING – Dua lelaki dewasa menemui ajal selepas disyaki menjadi mangsa serangan gajah liar dalam kejadian di belakang Sekolah Kebangsaan Felda Tenggaroh 5 di sini, pagi tadi.
Difahamkan, kedua-dua mangsa bekerja sebagai tukang kebun di sekolah terbabit.
Bagaimanapun, Kosmo! sedang mendapatkan maklumat berkaitan kejadian serangan haiwan liar terbabit.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[KEMAS KINI] Cuba halau gajah, tukang kebun maut, rakan parah diserang
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... kan-parah-diserang/
Oleh MASTURAH SURADI
26 September 2024, 5:00 pm
GAJAH yang dipercayai menyerang dua penduduk dalam kejadian di belakang SK LKTP Tenggaroh, Mersing, hari ini.
MERSING – Seorang tukang kebun maut manakala rakannya cedera selepas diserang gajah ketika cuba menghalau haiwan liar itu di kawasan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh di Mersing di sini, pagi tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, K. Raven Kumar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Pengurus Felda terbabit tentang kehadiran gajah berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, pengurus berkenaan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tindakan lanjut.
“Pengurus maklumkan penduduk sekitar agar tidak ganggu atau dekati kawasan gajah terbabit. Bagaimanapun pada pukul 11.30 pagi, pengurus terima panggilan mengatakan terdapat dua individu diserang dan dipijak gajah.
“Difahamkan seorang mangsa maut ,manakala seorang lagi cedera dan masih menerima rawatan di Hospital Mersing akibat kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Raven Kumar berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa diserang selepas mereka dipercayai mendekati gajah berkenaan bagi tujuan menghalaunya dengan membawa kayu.
Tambahnya, sebelum ini gajah juga pernah dilihat berkeliaran di beberapa kawasan agak jauh daripada lokasi kejadian.
Menurutnya, malah pihaknya juga menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya terserempak dengan haiwan berkenaan.
“Mereka sepatutnya menjauhi haiwan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Mengikut maklumat diterima menerusi pemantauan dron dilakukan, gajah berkenaan bergerak ke kawasan lain,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berkaitan kejadian. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi dari 8.30 hingga ke 11.30 tu apa tindakan yang dibuat lepas terima panggilan |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah takde pagar ke ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Klau ilmu x sehebat tarzan x perlu tunjuk hero nak halau gajah..gajah kot apa yang boleh buat dia takut? Singa n harimau pun takut ngan gajah |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 26-9-2024 06:43 PM
Klau ilmu x sehebat tarzan x perlu tunjuk hero nak halau gajah..gajah kot apa yang boleh buat dia ta ...
Kan..berani tak bertempat ni..hanya peluru pelali je boleh control haiwan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 26-9-2024 07:00 PM
Kan..berani tak bertempat ni..hanya peluru pelali je boleh control haiwan ni...
Akak dengar2 gajah takut tikus sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Kt sekolah kan ada pagar dh knp dok pi halau gajah tu guna kayu? |
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 26-9-2024 06:08 PM
Jadi dari 8.30 hingga ke 11.30 tu apa tindakan yang dibuat lepas terima panggilan
Diorg nak bawak masuk dlm mtg exco dulu kot?
....dlm kes ni pengurus & adun blh x disalahkan sbb x amik peduli mcm kes warden kes bunuh sterika kt upnm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 26-9-2024 08:02 PM
dorg riso gajah kacau budak budak gamaknya? kot riso budak gajah tu dlm area deme. takziah pd family mangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
lightheaded67 replied at 26-9-2024 08:01 PM
dorg riso gajah kacau budak budak gamaknya? kot riso budak gajah tu dlm area deme. takziah pd family ...
Haah terpikir benda yang sama. Risau kot gajah ceroboh masuk ke kawasan sekolah, tak ke naya budak2. Tu yang mangsa cuba nak halau tapi tak sangka nak jadi camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah tu tepi hutan ka? Bukan ka biasanya sekolah, pejabat, balai raya lokasinya di tengah2 penempatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah jadi hero. Panggil perhilitan atau pihak berwajib , kosongkan bangunan. Itu shj sepatutnya sop kalau ada benda2 emergency macam ni.
Sedih kalau benda2 macam ni amik lightly. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berbaloi. Halau gajah ni bukan kerja di dalam kemampuan dia. Cukup sekadar alert pihak sekolah dan call pihak berkuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa lama korang hidup tak tau ada sekolah literally dalam hutan sebab kampung pun dekat hutan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Borneo, boya bunuh manusia.
Kat Semenanjung, gajah dan rimau pulak bunuh manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 26-9-2024 09:29 PM
Haah terpikir benda yang sama. Risau kot gajah ceroboh masuk ke kawasan sekolah, tak ke naya budak ...
tulah gamaknye kan huhu |
|
|
|
|
|
|
|
bila kawasan dia jadi padang jarak padang tekukur
macam tu la jadi
tak salahkan gajah sebab haiwan tak berotak
nak salahkan manusia tu pun kesian jugak
dia nak tolong halau
takut agaknya nanti time rehat ke apa2 murid2 ramai
|
|
|
|
|
|
|
| |
|