View: 33673|Reply: 18
|
[Tempatan]
Pembeli rumah kiciwa pemaju hanya beri 'point' kipas untuk bilik,tiada point untuk lampu
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 28-9-2024 11:36 PM
https://fb.watch/uTS-TZJNqL/
SEORANG lelaki mempersoalkan kontraktor rumah yang baharu dibelinya selepas suis lampu tidak tersedia dalam bilik kediamannya itu.
Menerusi perkongsian video Abang Karen dalam Facebook cukup terkejut apabila pemaju hanya memberikan 'point' kipas sahaja.
Manakala 'point' untuk lampu tidak disediakan oleh pemaju dan ini menimbulkan persoalan oleh individu tersebut.
Sekarang memang macam ini ke? Kalau kita beli rumah, dalam satu bilik ada satu 'point' sahaja.
"Satu 'point' untuk kipas sahaja, korang hanya pasang kipas lampu tak perlu pasang, saya nak tanya sekarang memang macam ini ke?" soal individu itu.
Malah kes seperti ini bukan sahaja berlaku kepada Abang Karen, malah pengguna Facebook lain turut berkongsi pengalaman buruk bersama pemaju yang tidak melalukan kerja dengan baik.
Banyak apartment, kondominium yang baharu siap tapi banyak keretakan, bahaya untuk di duduki.
"Macam mana pihak bomba boleh luluskan? Biasanya bila dah siap bomba akan periksa bangunan itu selamat untuk dihuni atau tidak," kata Zack Donny.
"Banyak rumah pemaju macam ini, asal ada pembeli, dari sudut yang lain terbuka sedikit rezeki 'wireman-wireman' luar sana buat kerja penambahan," ujar Mohamad Faredzuan.
"Sebenarnya itu 'point' lampu, normal itu tapi sebab konsultant nak nampak bijak diorang 'propose' letak 'hook' kipas.
"Jadilah 'multipurpose point', lampu boleh, kipas pun boleh," jelas Fadli Pina. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Netijen² yg dok komen tu pun alahaii... |
|
|
|
|
|
|
|
yang duk kata rezeki wireman tu dah satu keje pulak kita kena hire orang lain buat keje tak siap |
|
|
|
|
|
|
|
rumah i dapur tu hari lampu rosak.
kipas dapur mmg saja i hidupkan sebab panas.
tengah dok tarik2 urai wayar lampu lama tetiba eh kipas mati
rupanya kipas tu tarik wayar api dari wayar lampu.
rumah i usia 50 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 29-9-2024 12:57 AM
rumah i dapur tu hari lampu rosak.
kipas dapur mmg saja i hidupkan sebab panas.
tengah dok tarik2 ...
rumah zaman dulu mmg ada je bilik yg ada 1 point sahaja... kondo tau. bukan rumah murahans |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 29-9-2024 08:31 AM
Masa beli rumah dr developer tak kiralah landed ke condo, developer akan bg standard points yg included dlm rega rumah. Then, dia akan bg list dgn layout kat mana points tu semua. Kalau nak tambah boleh je masa pembinaan cuma kena tambah la duit. Tapi most time pembeli either tak cakna atau mmg x nak tambah. Takanlah x tau kut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu pun nk viral, ko pg komplen kt developer sudah la, kan ada complaint form tuh. Blh je tengok specs umah dlm agreement kot xde point lmpu tu mmg ko yg x baca agmnt |
|
|
|
|
|
|
|
Point lampu atau kipas sama rating. Dia bagi satu point sukati ko lah nak pasang lampu atau kipas.
Bagus dia sedia kan hook in case ko nak pasang kipas ko boleh beli kipas yang ada lampu tu. Itu pun nak kena ajar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa itu point lampu. Mamat ni yang weak nak pikir. |
|
|
|
|
|
|
|
Branching tu biasa. Kalau kipas dan lampu ada independent switches maknanya each ada own circuit. Yang ko tarik2 wayar lampu sampai termati kipas tu maknanya ko tercabut neutral hence you break the circuit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesetengah developer siap bagi 2 wiring options, nak basic atau extra. Kena tambah sikit la bayar tapi memang berbaloi sebab dorang buat sekali jalan tak perlu pecah2 dinding later. Aku personally paling pantang conduit yang menjalar luar dinding tu, semak wei.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tengok video dia, memang ada fan hook kat siling tu.
Taktau la ni rumah low cost kaa tidak... pemaju memang jual tara tu... samada owner nak bubuh kipas atau lampu... kekangan harga jualan.
Design intent.
Dan di satu video yang lain, Abang Karen (dibaca current=arus letriklah) ada tunjuk satu rumah ni wiring semuanya kaler biru.
Mana satu neutral hot ground pun tatau. Ini kerja gile.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 29-9-2024 10:01 AM
Point lampu atau kipas sama rating. Dia bagi satu point sukati ko lah nak pasang lampu atau kipas.
...
kipas lampu tu tak berapa terang untuk ruang besar..kalau apt 800 sqft yang bilik tak berapa besar tu ok kot |
|
|
|
|
|
|
|
Entahla mmg beli undercon mcm ni la
I tak check sgt spec rumah tu
Berapa plug semua
Dah dpt kunci planla nak pasang apa
Upah contractor tambah plug tambah hook kipas
No choice la
Buat casing jenis luar je takpe its okay i takde kesah aestetik ke sakit mata ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tengok bilik tu nampak kecik. Kat rumah aku ada satu bilik kecik dan ada light & fan point. Aku pakai downlight. Bila turn on kipas terus strobing effect walaupun lampu tu bukan berada bawah bilah kipas. Pengajarannya adalah untuk bilik kecik beli fan yg ada lampu tu. Atau pasang track light dan halakan ke dinding.
Untuk kes dalam video tu, memang ada rasional sediakan satu sahaja,iaitu untu kipas yang ada lampu. Dia expect nak pasang lampu kalimantang yang panjang tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
zaman dah berubah skrg zaman kipas + lampu = walaupun kipas mcm tu katanya xtahan lama... lampu rosak kne tukar kipas sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Instructions unclear. Penis stuck in fan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitorang beli another terraced house rege 500k pastu bilik tido, ruang tamu pun developer x siapkan suis aircond dh jenuh hack dinding sana sini buat wiring tanam. Elok pulak yg condo 250k siap buat suis aircond dgn lubang utk masuk paip klu nk pkai laluan yg dia buatkan tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|