View: 17166|Reply: 5
|
[Jenayah]
Polis giat mengesan pemandu trak pikap jenis Mitsubishi Triton yang dipercayai menghalang laluan ambulans
[Copy link]
|
|
Polis giat mengesan pemandu trak pikap jenis Mitsubishi Triton yang dipercayai menghalang laluan ambulans walaupun siren kecemasan dibunyikan beberapa kali dalam kejadian di persimpangan Padang Lembek, Ketereh di sini pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, selain itu pihaknya turut meminta pemandu ambulans terbabit untuk hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bagi membantu siasatan.
"Pada Sabtu, sekitar jam 7 malam, kita telah mengesan satu rakaman video berdurasi 46 saat di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan seorang pemandu trak pikap berwarna putih menghalang laluan ambulans walaupun siren kecemasan dibunyikan beberapa kali," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, tindakan pemandu trak pikap itu melanggar peraturan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macamans dia boleh dapat lesen memandu jika memandu seperti itu! |
|
|
|
|
|
|
|
pickup tu xde no plet ke? driver pekak+bodoh? pickup curi? |
|
|
|
|
|
|
|
kenderaan jenis ni kalau kat jalan raya dia fefeeling bwk keta kebal |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bagi ambulance lepas pon takde beza. Dia nak jugak belok dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
kita boleh agak biasanya bangsat jenis apa yang mandu mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|