CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17224|Reply: 13

[Tempatan] [VIDEO] ADUN beri kata dua, baiki jalan atau mogok akan diadakan sebagai protes terhadap JKR

[Copy link]
Post time 30-9-2024 10:43 AM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] ADUN beri kata dua, baiki jalan atau mogok

https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... i-jalan-atau-mogok/

Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
30 September 2024, 10:13 am




Tangkap layar video TikTok Azmizam menunjukkan jalan berlubang dan air bertakung.

KLANG – Kegagalan Jabatan Kerja Raya (JKR) menyelesaikan jalan berlubang dari Jambatan Selat menghala Bandar Suleiman sehingga menyebabkan takungan air jelas mengecewakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

Malah, Azmizam turut memberikan tempoh seminggu kepada JKR bagi membaiki jalan tersebut atau mogok akan dilaksanakan sebagai protes terhadap JKR selepas hampir setahun masalah tersebut gagal diselesaikan jabatan itu.

Beliau berkata, pihaknya kesal kerana ‘kelemahan’ JKR itu menyebabkan berlakunya kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dan kenderaan berat, minggu lalu.

“Kepada Datuk (Ketua Pengarah JKR, Datuk Ir. Roslan Ismail) yang dilantik Jun lalu, menteri sudah turun (meninjau lokasi) November tahun lalu. Bila masalah ini hendak selesai.

“Datuk turunlah sendiri tengok keadaan jalan yang rosak dan berlubang ini.

“Hari ini, hari cuti (Ahad) pukul 5.40 petang. Inilah masa (yang sesuai) untuk memperbaiki jalan yang rosak kerana esok hari bekerja. Siapa kontraktor yang dilantik, di mana pegawai-pegawai,” katanya menerusi aplikasi TikTok rasminya.

Azmizam menegaskan, jalan tersebut merupakan laluan utama kepada 45,000 penduduk Bandar Sultan Sulaiman dengan jalan rosak secara langsung mengancam pengguna jalan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan ke-11 utama di dunia sewajarnya mempunyai infrastruktur seperti jalan raya yang terbaik dan bukan seperti keadaan sedia ada.

“Sebaliknya, apa yang berlaku kerosakan jalan tersebut menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya pada waktu puncak setiap hari sejak setahun yang lalu. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 11:13 AM | Show all posts
Buat lah jalan sesuai untuk lori kontena. Itu pun nak kena ajar ka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:25 PM | Show all posts
JKR kena ada unit sendiri buat baiki jalan xpayah nk outsourcing kos banyak n budget mcm dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jkr main golf.lagi ke kat.forest.city?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:11 PM | Show all posts
jemput sultan selangor ke kws tersebut
kul 3 pagi depa sanggup repair
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:18 PM | Show all posts
tmpt aku bertahun jalan tar rosak, tepek2 tampal cam permukaan bulan.
bila tau
esok sultan nk lalu, 24jam terus baiki

kesimpulannya, kene minta sultan lalu jalan tu setiap hari
baru dorg buat keje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2024 01:23 PM | Show all posts
selangor jalan mmg byk haramjadah
jemput datang jenjarom
area jaromas
mcm puki babi jalan hancur tapi xde buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:27 PM | Show all posts
Takde action lain ke yg boleh bg direct pressure ke JKR ni? Setakat mogok, JKR flip hair aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Selangor mmg chempien bab jln berlubang ni org zimbabwe kalau buat lwk selalu kenakan jln kat selangor. Aku kalau jln start terhentak2 tu aku tahu konpom dah sampai bumi selangor la tu. N9 pahang perak semua smooooooth jer sampai jer selangor mmg hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:49 PM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 30-9-2024 01:50 PM

tengok video ni
naik rasa semangat tengok acik ni "mengamuk"
adun macam ni lah yg kita nak
"mangamuk" demi kebajikan kesejahteraan keselamatan pengundi kawasan dia


lambat lagi negara kita nak jadi negara maju
kalau infrastruktur tetap la macam ni

harap PMX gegar jabatan2 yg berkaitan

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 01:52 PM | Show all posts
kalau kami balik kampung ikut LPT
masa kat area Ganu .. cantik licin jalan
kak lid akan tahu dah sampai klater bila tgk jalan tiba2 "berubah" quality
semoga dengan kepimpinan PMX, jalan2 di Klater dapat dibesarkan dan dicantikkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
joe_qlate replied at 30-9-2024 12:25 PM
JKR kena ada unit sendiri buat baiki jalan xpayah nk outsourcing kos banyak n budget mcm dlu..

Takleh buat gitu.. siyan nanti syarikat konsesi takde pendapatan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami sokom yb dato Azmizam...kasi gegear je opis pengarah jkr tu yb.baru ada akaii
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
joe_qlate replied at 30-9-2024 12:25 PM
JKR kena ada unit sendiri buat baiki jalan xpayah nk outsourcing kos banyak n budget mcm dlu..

JKR tak buat sendiri utk bnyk kn peluang pekerjaan di swasta. nnti ramai kerja gomen kena komplen ramai sngt kakitgn awam.  Spesifikasi buat jalan dh bagus tp bila kontraktor yg dpt sub..sub...n sub lagi akhirnya nilai kerja jd kecik n kualiti kerja hauk. tambah lagi pulak lori bawak muatan berlebihan. jln ikut spec pun jhnm.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.589146 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list