View: 17788|Reply: 12
|
[Tempatan]
Minyak masak paket boleh dijual dua kali ganda di Thailand punca penyeludupan
[Copy link]
|
|
Din si penyeludup buka rahsia!
Wartawan Harian Metro
[email protected]
PENYELUDUP sanggup ambil risiko demi keuntungan.
Rantau Panjang: Minyak masak yang diseludup ke Thailand tetap mendapat permintaan tinggi penduduk negara jiran walaupun dijual pada harga dua kali ganda lebih mahal berbanding harga di Malaysia.
Seorang penyeludup mahu dikenali sebagai Din, 42, berkata, sekotak minyak masak seberat 17 kilogram (kg) dijual borong pada harga RM42.50 sekotak di pasaran tempatan.
"Namun harganya bertukar antara RM75 sehingga RM50 di negara seberang.
"Harga minyak masak paket satu kilogram tempatan adalah RM2.50 manakala harga pasaran di kebanyakan kedai di pekan Golok adalah RM5.50 sepeket.
"Susulan harga yang mahal, ramai yang sanggup mengambil risiko menyeludup minyak masak terutama melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sini. Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, ada antara penyeludup sanggup berulang alik membawa minyak masak dalam kuantiti yang sedikit," katanya.
Namun, menurutnya, penyeludup akan menyeludup minyak masak dalam kuantiti besar membabitkan berpuluh kotak jika mendapati pihak berkuasa tidak memantau lokasi berhampiran sungai.
"Biasanya penyeludup yang membawa minyak dalam kuantiti sedikit akan menjual terus minyak masak kepada peniaga di sana (negara jiran).
"Manakala orang lama yang 'pro' (penyeludup berpengalaman) akan menyalurkan minyak masak seludup kepada sindiket di sana. Mereka sudah ada rantaian dan kerjasama dengan 'kaki' di sana," katanya.
Din berkata, dia akan membawa masuk minyak masak paket 1 kilogram ke Thailand sebanyak tiga kali seminggu.
"Namun biasanya saya melakukan beberapa perjalanan (penyeludupan) sehari terutama pada waktu malam.
"Kalau pangkalan haram yang dipilih 'tidak selamat' disebabkan kawalan ketat, kami beralih ke pangkalan lain yang lokasinya agak jauh. Tambahan pula, ada sahaja mata-mata yang akan membantu orang seperti kami untuk memantau keberadaan pihak berkuasa," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tembak sahaja penyeledup2 ni. Nampak sahaja, terus tembak on the spot... tak sempat dia nak membiaK dah mati |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang penyeludup mahu dikenali sebagai Din, 42, berkata, sekotak minyak masak seberat 17 kilogram (kg) dijual borong pada harga RM42.50 sekotak di pasaran tempatan.
"Namun harganya bertukar antara RM75 sehingga RM50 di negara seberang
Kalau permintaan tinggi macam itu, kau masaklah sendiri buah kelapa sawit, tapis jadikan minyak masak, packing elok-elok, buat brand Minyak Masak Din jual kat Thailand. Keluaran muslim, halal buatan malezia, Barulah bermaruah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pgkhianat negara..tapi sbb si Din tu melayu so ummah x rasa dia bersalah sgt..tapi imejin kalo kaki2 seludup ni sepet..mesti dah berbakul kena maki smbil meroyan kata cina dah jual negara kat siam |
|
|
|
|
|
|
|
semoga mati terseksa slow2 orang camni. |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 30-9-2024 03:18 PM
Pgkhianat negara..tapi sbb si Din tu melayu so ummah x rasa dia bersalah sgt..tapi imejin kalo kaki2 ...
bukan plywood suh tembak jer ke orng cam din tu..CINA BUTA ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
staff meols sorang berenti utk buat mende ni
ntah lah labuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Klu dpt tangkap, ko suh dia minum segelas minyak subsidi tu. Kn dh murah sgt. Org sana ada kerajaan dia sendiri, ada raja sendiri. Yg nk membantu sgt org sana knp. Biarla dorg byr mahal minyak dorg. Kita pulak nk membantu. Sama pump minyak kuning. Patut pump kuning tu hired sorg attendant duduk. Buat pump kuning2 je, hijau2 je ( area sempadan) |
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi..pihak berkuasa berkaitan dapatkanlah info dari wartawan Am ni..dia kan dah interview Din, 42 ni..hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita warwarwarwar dulu, pasni kita potong subsidi. |
|
|
|
|
|
|
|
dah2 la main psikologi cam ni... nak naikkan harga cakap je ... rakyat blh je terima. sbb skrg pengeluar minyak sawit terbesar dunia bukan malaysia lagi pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut ler dkt tpt aiol dah makan tahun tak jumpa minyak peket ni. Banyak ko ambik Din bg dkt awek syiam
Mohon kerajaan bina tembok electric sepanjang sempadan negara |
|
|
|
|
|
|
|
ok kensel subsidi. buat mcm diesel |
|
|
|
|
|
|
| |
|