TUMPAT: Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad menasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan lirik lagi lagu GISB Holdings (GISBH) yang didakwa membawa fahaman sesat.
Katanya, tindakan itu bercanggah dengan agama Islam dan meminta supaya perbuatan menyanyikan lagu itu yang kini tular di media sosial segera dihentikan.
"Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial.
"Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah," katanya selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan dan Anugerah MBOR Penulisan 3 Juta Kalimah Allah di SMU(A) Bustanus Saadah, Morak, di sini, hari ini.
Mutakhir ini media sosial banyak dibanjir dengan parodi ke arah lagu yang menyanjung Abuya (Asaari selaku pengasas Al-Arqam).
Pada 27 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited memastikan polis menjalankan siasatan telus terhadap GISBH.
Awal bulan ini, polis melancarkan tindakan besar-besaran ke atas rumah kebajikan yang dikendalikan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.
Serbuan menyaksikan 402 kanak-kanak, berusia antara satu hingga 17 tahun diselamatkan daripada dakwaan eksploitasi dan penderaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata mangsa mengalami pelbagai bentuk eksploitasi dan penderaan termasuk diliwat.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Tiada vibes dan keperluan nak kena tahu lagu2 atau kenapa ia dicipta..
Ada org interview pencipta lagu Abuya Skibidi tu terus scroll lain tak perlu nak dengar dan tahu
Post time 1-10-2024 06:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
akk ofis i dk selalu nyanyi..i dgr gitu gitu je..risau lps dgr nanti kot jd pengikut
tp i suka lagu yg dlm gereja tu..huhu..sbb lgu tu sdp tp i xmengayati pun mksd deyols tu
Post time 1-10-2024 06:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Freezies replied at 30-9-2024 08:54 PM
Betul la acik porum ckp kelmarin.budak2 tiktok memasing low IQ.
Pantang ada trend mengarut semu ...
Budak2 TikTok ni semua benda nak kena positif dan husnuzon. Hatta benda salah pun. Masuk FB ambik kau acik2 bantai terus. Beselah acik2 FB kan zaman getah paip. Bbnu TikTok ni zaman manja. Jadi bodoh plak masing2. Lembab. Geram plak aku baca komen masing2.