View: 24133|Reply: 7
|
[Tempatan]
‘Ular itu tenung seolah-olah mahu telan kami’
[Copy link]
|
|
‘Ular tenung seolah-olah mahu telan kami’
Oleh
NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA
01 Oktober 2024 07:10am
Seekor ular tedung sepanjang lebih tujuh kaki menghalang perjalanan sekumpulan pekerja ladang ke tempat kerja.
SHAH ALAM - Bekerja di sektor perladangan bukan satu perkara yang mudah kerana berdepan dengan risiko bahaya dan ‘bertemu’ haiwan buas mahupun berbisa.
Seorang pekerja ladang, Lester Rakilin, 37, berkongsi detik menggerunkan apabila dia terserempak dengan ular tedung sepanjang lebih tujuh kaki.
“Ketika itu (Sabtu) saya dan rakan-rakan dalam perjalanan mahu ke tempat kerja di Gua Musang, tiba-tiba ada seekor ular tedung menghalang laluan kami.
“Naik bulu roma saya kerana ular ini memang besar dan panjang. Lebih menggerunkan apabila ular itu melihat kami dalam tempoh masa lama seolah-olah mahu menelan kami,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Tambah Lester, ular itu tidak berganjak walaupun rakan-rakannya membaling batu ke arah haiwan berbisa berkenaan.
Setelah beberapa kali cubaan menghalau ular tersebut, dia berkata, akhirnya haiwan itu berpatah balik ke semak hutan.
“Ini bukan pertama kali saya jumpa ular tetapi penemuan kali ini begitu menakutkan kerana ia besar dan panjang.
“Semenjak daripada kejadian itu, saya rasa diri diperhatikan. Ia membuatkan diri saya rasa tidak selamat kerana khuatir, ular itu tiba-tiba sahaja muncul,” ujarnya yang berasal dari Sabah.
Lester memuat naik video penemuan ular itu di laman sosial, TikTok dan meraih 2.8 juta tontonan dalam tempoh dua hari.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa masalah ular ni..dah la hitam...semacam |
|
|
|
|
|
|
|
Ular atau jin yg berupa ular...ade dgr ceramah kalo jin menjelma ular berwarna hitam..x tau la btl atau x |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca somewhere.. kena simpan baygon cockroach control utk bunuh / halau ular.... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by edayildiz at 1-10-2024 08:07 PM
green~tea replied at 1-10-2024 07:15 PM
Aku baca somewhere.. kena simpan baygon cockroach control utk bunuh / halau ular....
mmg jd..Mama abg i pernah pakai baygon utk halau ular..dia pengsan je jap..tp baygon busuk..ridsect bau wangi. |
|
|
|
|
|
|
|
ular tu jin jadian kot..huhu..
kwn i iban cite kt kg dia kt srwk kalau jmpa ular bsr dan panjang bergulung mcm tayar tu ular jadian..someone yg dh meninggal..jd ular..xingt tp seram
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 1-10-2024 08:05 PM
mmg jd..Mama abg i pernah pakai baygon utk halau ular..dia pengsan je jap..tp baygon busuk..ridsec ...
Wei wujud lg hang ropanyeh..
Kemain forumers concern about u dpt lod mekjurah |
|
|
|
|
|
|
| |
|