View: 27912|Reply: 100
|
[Tempatan]
Ibu sebak umum pengantin perempuan batal perkahwinan saat akhir
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 1-10-2024 11:01 PM
SHAH ALAM – Tular di media sosial apabila seorang ibu sebak mengumumkan majlis perkahwinan anak lelakinya tidak akan berlangsung kerana calon isteri menarik diri pada saat akhir.
Susulan daripada itu, wanita berkenaan memaklumkan bahawa keluarganya mengambil keputusan untuk meneruskan ‘hari bahagia’ itu dengan mengadakan majlis bacaan doa selamat.
“Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, di atas sebab-sebab tertentu… pengantin perempuan telah membatalkan majlis perkahwinan ini pada saat akhir.
“Disebabkan berlakunya pembatalan saat akhir, saya tidak dapat membuat pemakluman pembatalan tersebut kepada setiap jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan dan saya juga tidak mampu untuk bersoal jawab dengan setiap soalan yang akan ditanya.
“Jadi, saya ambil keputusan untuk teruskan majlis bukan kerana persiapan sudah siap tetapi saya perlu memberitahu sendiri (situasi sebenar) di dalam majlis ini. Dengan pembatalan daripada pengantin perempuan, saya dan keluarga mengadakan majlis bacaan doa selamat yang dipimpin ustaz dan anak-anak tahfiz,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok pada Selasa.
Dalam pada itu, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam berkata, walaupun sudah cuba mempertahankan hubungan tersebut namun dia masih gagal dan reda dengan ketentuan ditetapkan ALLAH SWT.
Ujarnya, hantaran itu hanya sekadar perkongsian tentang perjalanan hidup kerana bagi dia di dalam dunia ini masih ada ujian yang lebih mencabar.
“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada ALLAH SWT kerana DIA yang benarkan kita untuk berada di sini walaupun perancangan asalnya tidaklah seperti yang kita rancang, namun apa yang jadi ada hikmahnya.
“Terima kasih kerana sudi meluang masa, datang dan berkumpul. Janganlah (disebabkan) kesedihan kami ini, menjadi sesuatu perkara yang menghalang anda untuk bergembira hari ini. Maafkan kami kalau ada salah silap dan info, kami tak dapat elak apa yang jadi… ini semua takdir ALLAH.
“Pada saya, perkara ini terjadi ada hikmah dan pengajaran untuk kedua-dua belah pihak. Semoga dikembalikan semua doa yang baik ini kepada anda semua,” katanya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kos kenduri bukan murah zaman skrg nih... iskkk kalo x suka jgn terima lamaran |
|
|
|
|
|
|
|
Duit hantaran pulang blk ke x tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kemungkinan boleh kena tindakan saman? Minta gantirugi.. majlis kat dewan cantik gitu mau 40k perginya. |
|
|
|
|
|
|
|
kena dengar cerita kedua belah pihak |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh menimbulkan gangguan bekalan kewangan
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan Puan dan keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tengok mak dia menangis. Tapi tak cerita pulak kenapa pengantin pompuan taknak kahwin last minit. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya tak saman kot.
Sebab mungkin pihak perempuan dah batal sebelum majis tu lagi & keluarga pihak lelaki masih nak buat majlis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni majlis kawin ke majlis nikah?
Mgkin si pmpn sgr ckp2 acik forum bersyukur tak jadi kawin dgn laki tu bagai
Apa-apapun kena dgrla pendapat pihak pmpn sebab pembatalan tu barulah boleh nak lahar |
|
|
|
|
|
|
|
Belum kawin dah cerai.
kawin untuk cerai, cerai untuk kawin.. eh btulker haha |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal pengantin pompuan dah kasi tau awal pun, tp dah jemput tetamu, dewan, katering, semua dah book, kalau cancel pun bkn dpt blk 100%
Might as well teruskan je mcm tuan rumah ni buat
Takde apa nak malu kak…things happened |
|
|
|
|
|
|
|
Pembatalan tue mesti bersebab..kita tak tau kan..nk mengata tapi simpan dalam hati sebab takut jadi dosa kering jer..
#donebekappengantinpompuan
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm dia jer,baru 10 jam lepas dia post
|
|
|
|
|
|
|
|
mlm td dak laki ni buat live 12k viewers punya la kepoci netz termasuk haku
tapi masuk kejap je sbb nak tau apa kes kome sampai 12k mata yg memandang
dak ni takmo reveal sbb tak jadi kawin
netz pulak mcm2 andaian tapamham hakum
tapi yelah kena dgr apa kata belah popuan gak
dak ni kalo kuyus kang helok raser
pasal mak dia pun kategori lawo gak |
|
|
|
|
|
|
|
ni jam majlis tunang buat nasi ayam jer 50 pax + cincin tunang buat kt rumah jer ..
majlis kawen nasi tomato 200 pax ( 100 pax utk famili ... 100pax utk kenalan.. (kalo spouse cansel last minit pun tak kesah).. majlis buat kat sejid time nikah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah jumpa kes mcm ni, tp tuan umah cuma tampal notis kt depan dewan, x kuasa nk hantar kad batal kawin gamaknya.....cuma kesian la kt sedara or kawan yg dtg jauh2, mesti diorg yg dtg terpikir aku salah hari kah? |
|
|
|
|
|
|
|
tp bukan ke pengantin perempuan dah bg tau tk jd kawin masa bulan 8 aritu..
ada baca antara komen² yg byk tu.
jd nya knapa ckp² mcm tk dtg masa hari.kenduri?
lg pun adat kita sini, menikah semua kat rumah pengantin perempuan dulu..
sambut menantu kt rumah lelaki..
pakai baju merah terang gitu..
eh tk kenan ler tengok.. jgn nanti sebelah perempuan buka mulut jugek. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau takut jd cmni,buat nikah gantung,
dah drive baru buat majlis,
ehh jarang terjadi kat majlis lelaki,selalu ppuan je...
dah kena tunggang baru buat majlis la |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah...
takde jodoh...jgn sedih2 mungkin ni yg terbaik kan menikoh takdan 2hari isteri merempan minta cerai lagi haru |
|
|
|
|
|
|
| |
|