View: 6451|Reply: 1
|
Tambahan RM5.5 juta baik pulih Pasar Besar Siti Khadijah – PM
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih Pasar Besar Siti Khadijah di bawah bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu disalurkan untuk kerja-kerja membaik pulih tandas, bumbung dan pendawaian di pasar tersebut.
Menurutnya, kerajaan sebelum ini sudah meluluskan dana sebanyak RM1.5 juta bagi membaiki struktur konkrit merekah dan bumbung Pasar Besar Siti Khadijah.
“Saya meluluskan peruntukan RM5.5 juta untuk membaik pulih pasar ini. Saya mahu isu kebersihan, tandas, bumbung dan pendawaian di Pasar Besar Siti Khadijah segera dibaiki.
“Peruntukan itu untuk keperluan seramai 1,500 peniaga di pasar ini. Jadi, Dr. Hafidzah Mustakim (Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama) perlu berbincang dengan persatuan peniaga dan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai kawasan mana yang mahu dimulakan dahulu,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga-Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah di Medan Selera, Laman Siti Khadijah, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, beliau mahu laporan mengenai kerja-kerja membaik pulih Pasar Besar Siti Khadijah dilaksanan dengan segera iaitu pada minggu depan.
Menurutnya, pelaksaan tender akan dipercepatkan sekiranya diperlukan untuk melaksanakan projek tersebut.
“Jika perlu tender dipercepat, kita cepatkan. Cuma perlu mengikut prosedur yang ditetapkan,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, kerajaan tidak teragak-agak untuk menarik balik lesen peniaga pasar yang tidak menjaga kebersihan dan memberikan premis mereka kepada warga asing untuk berniaga.
“Jika lesen diberikan kepada orang lain atau premis kotor, kita rampas (lesen). Kita keras supaya kebersihan dapat dijamin di seluruh negara.
“Pertambahan pelancong ke Malaysia meningkat hampir 100 peratus. Jadi, soal kebersihan dan keselamatan perlu diberi keutamaan,” ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
elok plk tuck in sut melayu tu
ke baru lps jumpa sultan k
|
|
|
|
|
|
|
| |
|