15 Rakyat Malaysia Dibawa Keluar Dari Lubnan #MGFlash
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar di Beirut sedang melaksanakan proses evakuasi 15 rakyat Malaysia bersama tiga warganegara asing yang merupakan pasangan kepada rakyat Malaysia berikutan keadaan keselamatan yang semakin meruncing di negara itu.