CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15501|Reply: 8

[Tempatan] Ramai kecewa iPhone 16 Pro ada masalah skrin

[Copy link]
Post time 2-10-2024 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Ramai kecewa iPhone 16 Pro ada masalah skrin

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... -ada-masalah-skrin/

Oleh KOSMO!
2 Oktober 2024, 8:22 am


PEMILIK iPhone 16 Pro sering menghadapi masalah dengan skrin sentuh telefon mereka. – Gambar hiasan

PELANCARAN telefon pintar jenama Apple, iPhone 16 menjadi sorotan apabila siri terbaharu itu tampil dengan beberapa perubahan baharu yang membuatkan ramai pengguna ingin menaik taraf peranti mereka.

Namun begitu, selepas ramai beralih ke model berkenaan, pemilik iPhone 16 Pro sudah mula menghadapi masalah dengan skrin sentuh telefon mereka.

Ia dikatakan berlaku selepas tiga hari telefon itu dikeluarkan.

Menurut laporan tomsguide.com, ada sesetengah pengguna melaporkan bahawa butang kawalan kamera iPhone 16 Pro terlalu sensitif sehingga menyebabkan fungsi kamera terbuka meskipun tersentuh tanpa sengaja.

“Ramai yang melaporkan masalah yang terdapat pada telefon baharu ini.

“Ia sepatutnya tidak berlaku kerana Apple sudah mengeluarkan banyak varian. Mereka patut belajar untuk memperbaiki kelemahan daripada varian lama.

“Butang kawalan kamera iPhone 16 Pro juga menyebabkan skrin ‘membeku’ buat sementara waktu.

“Pengguna mendakwa mereka tidak dapat meleret atau mengetik dan hanya fungsi home yang memberi respon,” kata laporan itu.

Tambahnya, ada sesetengah pengguna mendakwa bahawa masalah telefon itu lebih ketara apabila digunakan tanpa sarung peranti.

Bagaimanapun, ia dikatakan tidak membantu menyelesaikan masalah, tetapi hanya mengurangkan isu skrin membeku apabila tangan tersentuh butang kawalan kamera.

Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Khaos Tian berkongsi di media sosial tentang isu yang berlaku dengan menunjukkan skrin iPhone 16 Pro tidak memberi respon apabila dia melakukan sentuhan.

Jelasnya, hal Ini berlaku kerana algoritma sentuhan leret mungkin sedikit sensitif dan memberi tindak balas berlebihan kepada respon skrin.

“Jika masalah ini berlaku, anda hanya perlu mengelak daripada menyentuh kawasan sebelah butang kawalan kamera.

“Hal ini mungkin berterusan sehingga Apple boleh mengatur kemas kini perisian untuk membetulkan isu yang berlaku kepada pengguna iPhone 16 Pro,” ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 09:53 AM | Show all posts
same goes 13 pro max. bengang jelahhh dah nampak garis harus kt skrin. nk trade in takde nilai dah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:50 PM | Show all posts
Bateri iphone masih panas lagi ke boleh buat batu tungku?

Last aku guna iphone pertama terakhir siap buat tungku letak atas urat sebab bateri panas nak mampus kena letak dalam freezer
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap harga je mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku guna iphone 15+ still ok, bateri tahan, screen besar masa nk beli tu jurujual ingt aku kerja O&G atau gaji lbh rm5k+ biarpun aku pkai selipar jer
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:40 PM | Show all posts
hmmm
nasib nasib jugak beli iphone ni
saya masih pakai iphone 11 dan suami iphone 13 promax
masih OK

tukar masa iphonee 20 lah kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
My iphone 13 pm ok lagi , memmag kene tunggu 5 tahun lgi bru tukar gamaknya sebab aiols kalau pakai memang nak 1 tera terus battery drained pun ai send tukar battery jah and x update ios16 last time sampai ios17 baru update sebab takut jadi green screen
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 03:04 PM | Show all posts
byk benau masalah ip korang. apa tangkal korang pakai agaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 06:19 PM | Show all posts
iPhone 16 pro 512gb saya tiada masalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.761743 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list