View: 25729|Reply: 3
|
[Tempatan]
Tekanan di tempat kerja bukti ada masalah sistemik di jabatan kerajaan - Pakar psikologi
[Copy link]
|
|
Tekanan di tempat kerja bukti ada masalah sistemik di jabatan kerajaan - Pakar psikologi
https://www.bharian.com.my/berit ... sistemik-di-jabatan
Oleh Ercy Gracella Ajos - Oktober 2, 2024 @ 12:58pm
[email protected]
KUALA LUMPUR: Pakar psikologi menyifatkan tekanan di tempat kerja membabitkan sebilangan besar kakitangan awam menunjukkan wujud masalah sistemik dalam cara kerja dan pengurusan bebanan di jabatan kerajaan.
Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Fauziah Mohd Saad, berkata tuntutan kerja yang tidak realistik, kurangnya sokongan psikososial dan kurang keseimbangan di antara kerja serta kehidupan peribadi boleh menjadi penyumbang utama kepada masalah tekanan ini.
Beliau berkata, pada masa panjang, ia bukan saja mengurangkan produktiviti tetapi juga meningkatkan risiko masalah kesihatan mental yang lebih serius seperti kemurungan, kebimbangan dan keletihan melampau.
"Justeru, kerajaan perlu melaksanakan program sokongan mental yang lebih berkesan, termasuk kaunseling secara berkala dan bantuan psikologi untuk mereka yang mengalami tekanan.
"Selain itu, melaksanakan latihan pengurusan tekanan yang dapat membantu kakitangan awam mengenali tanda awal tekanan dan mengajar cara menguruskannya, termasuk teknik relaksasi serta pengurusan masa.
"Pihak pengurusan iaitu kakitangan atasan dalam sektor awam juga perlu memberi perhatian kepada tanda keletihan mental dalam kalangan pekerja dan mengambil tindakan segera," katanya kepada BH hari ini.
BH hari ini melaporkan lebih 40,000 kakitangan awam di negara ini berisiko tinggi mengalami isu kesihatan psikologi berikutan kegagalan mereka menangani tekanan di tempat kerja.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dilaporkan berkata data itu adalah hasil dapatan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) yang dilaksanakan dari 1 Mac hingga September lalu.
Katanya, proses pelaksanaan secara berperingkat itu membabitkan semua kementerian dan agensi seluruh negara serta hampir sejuta kakitangan awam.
Mengulas lanjut, Dr Fauziah berkata, kerajaan perlu melaksanakan penilaian berkala mengenai kesejahteraan psikologi pekerja kerana ia boleh membantu mengenal pasti masalah lebih awal dan memberikan intervensi yang sesuai.
Katanya, polisi atau dasar mempromosikan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi juga harus diterapkan.
"Contohnya, fleksibiliti dalam waktu kerja dan cuti rehat yang mencukupi bagi mereka yang berisiko tinggi.
"Langkah ini penting untuk memastikan kesejahteraan mental kakitangan awam dan mengekalkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan di sektor awam," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sewel sebab senang dpt loan ke..byk hutang kut |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah nya org mental x sedar mereka mental x pi jumpa doctor dan terus menerus buli abuse org keliling sampai org keliling jadi mental spt mereka. Org yg penyebab org lain jadi mental ini harus ditangkap masuk pusat pemulihan, sblm 1 office berjemaah sewel bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
ntahla...kat ofis i olls ni ramai makan ubat..ada yang proudly said makan ubat & refer psy ada juga yg senyap2 x inform tp kantoi juga sbb asek cuti medical checkup je..tp yg iolls perasan bukan la punca utamanya kerja...selalunya hal2 peribadi, putus cinta, gaduh dgn bini...then bila p kerja...even kerja hakiki pon terus jd terbeban lah bila ada masalah luaran juga.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|