CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30651|Reply: 6

[Tempatan] Wajib guna MyDigital ID log masuk MyJPJ idea ‘sangat buruk’, kata bekas MP Bangi Ong Kian Ming

[Copy link]
Post time 2-10-2024 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Wajib guna MyDigital ID log masuk MyJPJ idea ‘sangat buruk’, kata Ong

https://www.freemalaysiatoday.co ... gat-buruk-kata-ong/

FMT Reporters
02 Oct 2024, 06:29 PM


Ong Kian Ming berkata, kaedah log masuk baharu bagi aplikasi MyJPJ, iaitu menggunakan MyDigital ID, tidak mengambil kira masalah sedia ada yang dihadapi ramai pengguna.

Bekas Ahli Parlimen Bangi itu mempertikai langkah memaksa pengguna menggunakan sistem yang belum diuji.

PETALING JAYA: Seorang bekas timbalan menteri membantah keras langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghendaki pengguna hanya menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi mudah alihnya.

Ong Kian Ming, yang menyokong sistem pengenalan digital nasional itu menyifatkan langkah JPJ sebagai idea yang ‘sangat buruk’ kerana ia memaksa pengguna menggunakan sistem yang belum diuji.

Lebih bagus perkenalkan versi elektronik pasport kita, yang boleh diakses melalui MyDigital ID sebagai cara memberi insentif kepada orang ramai untuk mendaftar dan menggunakan MyDigital ID, produk baharu (dengan) protokol baharu, katanya dalam rajutan di platform media sosial X.

Bekas Ahli Parlimen Bangi itu juga berkata, kaedah log masuk baharu itu tidak mengambil kira masalah sedia ada yang dihadapi ramai pengguna, termasuk dirinya, ketika mendaftar MyDigital ID menerusi aplikasi mudah alih.

Katanya, perlu ada strategi menyeluruh kerajaan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi, memandangkan penyelarasan dalam pelancaran MyDigital ID lemah.

Apa yang kita ada sekarang ialah pendekatan caca-marba dengan pendaftaran Padu (Pangkalan Data Utama) dan Budi sepatutnya dilakukan melalui MyDigital ID tetapi atas pelbagai sebab, menggunakan sistem pendaftaran yang berasingan, katanya.

Mulai 10 Okt, pengguna perlu menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi MyJPJ sebagai sebahagian daripada usaha negara ke arah pendigitalan dan akses yang diperkemas bagi perkhidmatan kerajaan.

Bagaimanapun, pengumuman itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat, dengan segelintir pengguna mempersoalkan mengapa sistem pengenalan itu diwajibkan sedangkan aplikasinya dibelenggu pelbagai masalah.

Walaupun Ong mengiktiraf JPJ, yang mempunyai pangkalan data terbesar pengguna aktif, akan menjadi agensi utama untuk mempromosikan MyDigital ID, beliau berkata, pendekatan log masuk baharu itu bukan cara yang tepat untuk melaksanakannya.

Aplikasi itu kini diuruskan oleh Mimos Bhd, agensi bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), namun Ong sebaliknya mencadangkan ia diletakkan bawah Kementerian Digital untuk memastikan akauntabiliti dan penyelarasan yang lebih jelas.

Dalam pada itu, jangan wajibkan guna MyDigital ID sebagai (cara) log masuk tunggal bagi aplikasi MyJPJ, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena saman x klau x leh buka myjpj bila trafik minta tgk lesen
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa mendeee lani ya Allah.guna digital tu dah ok dah.biarla jela apps jpj tu sundal oiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 07:05 PM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 2-10-2024 07:07 PM
grouper replied at 2-10-2024 07:01 PM
Kena saman x klau x leh buka myjpj bila trafik minta tgk lesen

saman tetap samannnnnnnnnnnnnnnn....nanti dah boleh bukak...bawak ke pegawai and buat rayuan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tu yg burukkkk..lani nak renew lesen pon senang gilaak
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru lepas renew lesen, senang nak mampos
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2024 01:37 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 2-10-2024 07:11 PM
Ko tu yg burukkkk..lani nak renew lesen pon senang gilaak

faham ke dok ni? ...Kalau nak login my jpj spt yang sedia ada tu bagus je..Tapi skrg kalau log in Myjpj tu kena guna id Mydigital ok..kalau sapa tak register MyDigital tu kemungkinan takleh log in Myjpj. Tapi MyDigital tu pulak kalau nak register bukan main susah. Dulu masa rapigi umum kena daftar my digital tu aku cuba juga daftar online tapi Ya Allah bukan main susah nak hantar OTP kat email, last2 fedup aku tak register. Dua tiga hari lepas bila aku buka MyJpj tu..dia bgtau mulai 10 okt sesiapa yang tak daftar Mydigital tak akan dapat akses ke Myjpj ni. Dan aku cuba resgiter balik dekat apps my digital tu..kau tahu 3 hari aku duk try2...sampai bab dia suruh ambik gambar ic depan belakang..dekat 10x juga aku cuba buat ..fail memanjang. Alhamdulillah aku baca kat tiktok katanya nak masuk Myjpj tu masih guna id sedia ada..tak perlu id Mydigital...aku rasa very the sampah Mydigital ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 1.166637 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list