CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 30009|Reply: 52

[Tempatan] Netizen X Lebih Cerdik lebih berpendidikan tinggi Berbanding Netizen TikTok Dan Facebook.Anda tak setuju?

[Copy link]
Post time 2-10-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sebuah kajian baru-baru ini dari Reuters Institute telah mendedahkan sesuatu yang menarik tentang perbezaan tahap pendidikan dan cerdik pandai netizen di media sosial X (dahulunya Twitter) dan TikTok.



Kajian yang melibatkan lebih daripada 93,000 responden dari 48 negara termasuk Malaysia ini mendapati bahawa pengguna media sosial X lebih berpendidikan tinggi berbanding pengguna TikTok.

Malah, pengguna X juga dianggap lebih ‘cerdik’ berbanding netizen di media sosial lain.

Menurut kajian tersebut, 49% daripada netizen X mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, menjadikan media sosial tersebut sebagai antara yang ‘terpaling berpendidikan’.

Youtube pula berada di tangga kedua dengan 39% penggunannya adalah mereka yang mempunyai ijazah pendidikan tinggi.

Bagaimanapun netizen di media sosial TikTok dan Facebook berada di senarai paling bawah dengan hanya 37% pengguna yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.

Ini mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak, terutamanya kerana populariti TikTok yang semakin meningkat dalam kalangan golongan muda.

Kajian ini juga menyentuh tentang perbezaan demografi pengguna antara platform.

TikTok sering dikaitkan dengan kandungan ringan seperti hiburan, tarian, dan trend viral, yang menarik ramai pengguna muda.

Sebaliknya, X lebih dikenali sebagai platform untuk perbincangan isu semasa, politik, dan berita, yang sering memerlukan pengguna yang lebih berpengetahuan.


Namun persoalan utama kajian ini adakah pengguna X betul-betul lebih ‘pintar’, atau adakah platform ini lebih menarik minat individu yang cenderung kepada perbincangan intelektual?

YouTube yang berada di tangga kedua pula menawarkan pelbagai jenis kandungan, dari hiburan ringan hingga kemahiran pendidikan dan dokumentari yang lebih mendalam.

Sebaliknya, Facebook dan TikTok berada di bahagian bawah, yang mungkin disebabkan oleh pendekatan kedua-dua platform yang lebih mesra hiburan dan interaksi sosial yang lebih santai.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 10:37 PM | Show all posts
tak jugak. kalau bbnu ramai yang acah2 cerdik walhal biasa je. Tipikal bbnu la nak jadi terpaling dalam segala hal. pastu sikit2 spill la sis spill la sis..so ewww
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Adeke netizen yg cerdik ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dkt twitter / X plg ramai kaki sembang & hasanah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau deme nipu taraf pendidikan deme sekalipun, bknnya ada sesiapa yg tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:03 PM | Show all posts
tak setuju! acik por lebih cerdik lebih berpendidikan tinggi berbanding netizen x, tt n fb
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya X / twitter tu ramai orang sewel asyik nak meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang paling bijak main LinkedIn

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 3-10-2024 07:11 AM
Rasanya X / twitter tu ramai orang sewel asyik nak meroyan

X - Platform free speech yang ada bermacam benda, dari berita,borak kosong,politik,konspirasi,propaganda hinggalah darkside dan porn.

At least tiktok dan facebook tak ada porn.

Bila tengok posting Elon Musk itu sendiri sebagai owner X, boleh agak la audience X ni mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 07:34 AM | Show all posts
cerdik googling sana sini. sekejap jadi doktor, sekejap jadi loyer, sekejap jadi polis, sekejap jadi retis hahaha...semuanya terpalinggggggggggggggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cyempaka at 3-10-2024 07:40 AM

Kakak2 & abam2 porum lagi cerdik
X aku xde, jd xde komen.
Antara fb dgn tiktok rasanya warga tiktok lebih rendah IQ nya. Makcik2 gatal pun ramai kat tiktok.  bbnu pulak bodo2 tp rasa diri cerdik berkumpul. Kalo husnozon tu membabi buta - sampai tahap penjenayah pun derang husnozon..
Kalo menyokong seseorang tu terus jadi fanatik pulak, sampai xboleh org tegur idola derang tu, mampos kena cyber bully org tu.
Kalo mengutuk over pulak, siap buat team bawang la apa la.. eww banyak betul masa derang
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 08:05 AM | Show all posts
diorang lupa nak include forum ni...kalu tgk gaya forumer ni semua postgrad ke ats ni...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 3-10-2024 12:50 PM

Ai ada instagram dengan fesbuk aje. Tapi habis semua orang aku hide. Last2 tinggal gambar anak2 I update dengan news kpop Kosser nak baca pasal life orang lain. Kalau nak merapu, masuk forum aje.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 09:58 AM | Show all posts
lotusteratai replied at 2-10-2024 11:03 PM
tak setuju! acik por lebih cerdik lebih berpendidikan tinggi berbanding netizen x, tt n fb

terpaling setuju yg ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau tgk cerita yg dibawa masuk ke forum ni...tt, x, fb semua bangang2 je.  sama standard je la semua

- i yg takde semua acc di atas
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:06 AM | Show all posts
camtu je kau nilaikan kecerdikan netizen? kau tak tau ke acik forum lagi cerdik sebenarnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 10:16 AM | Show all posts
ultra78 replied at 3-10-2024 07:25 AM
X - Platform free speech yang ada bermacam benda, dari berita,borak kosong,politik,konspirasi,prop ...

Elon tu pon baru je jadi owner X, sebelum direname sbgai X. sblum2 ni, twitter tu ok je as medium nak share pendapat orang ramai.tak dinafikan la semenjak bbnu pandai main X, situ dah jadi makin hauk.
segala isu dorang nak sentap. gen z and woke pipol la suka sgt sentap.
terpaling semua isu kena relate dgn dorang.
kalau kita disagree je, terus la kena hencap siap korek twit kita yg lama2 nak di shame kan.




Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
X penuh dgn palatao pastu dialah yg terpaling betul..cyberbullying kt situ agak teruk.satu je kelebihan x berbanding dgn meta ,tt dia  cepat klau ada isu,event semasa
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:37 AM | Show all posts
Media sosial pun ada kasta
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Setujuhhhhhhh


Hahahahahahahahhaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.309523 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list