View: 11144|Reply: 5
|
Warga emas usia 76 tahun memandu lawan arus
[Copy link]
|
|
Kuantan: Akibat sesat dan tidak biasa melalui Jalan Kuantan-Pekan, di sini, seorang warga emas berusia 76 tahun bertindak memandu kereta secara melawan arus.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, susulan itu notis saman mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (tidak patuhi isyarat lalu lintas) dikeluarkan terhadap wanita berkenaan.
Katanya, sebelum itu, kejadian berkenaan tular di Facebook memaparkan kereta Perodua Axia warna oren yang dipandu secara melulu dan melawan arus, semalam.
"ada hari sama, warga emas itu berjaya dikesan dan telah hadir ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk tindakan lanjut.
"Hasil siasatan mendapati warga emas itu dari bandar Kuantan hendak menghala ke kompleks warga emas di Penor.
"Disebabkan faktor usia dan tidak biasa melalui jalan itu, pemandu tersesat serta tidak mahir dengan laluan tanpa menyedari telah melawan arus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihati pemandu agar tidak melanggar peraturan lalu lintas yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Katanya, pemilik dan pemandu kenderaan juga hendaklah memastikan tahap kesihatan diri berada dalam keadaan baik sebelum memandu kenderaan.
Sumber - Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
batalkan lesen org cm ni... menyusahkan org je |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam I kena sblm keluar tol damansara ke NKVE. 1 kereta nissan tenna masuk lawan arus. Giler.
Kat mana nak buat aduan? |
|
|
|
|
|
|
|
nenek sape tu
klu di us mau kena tarik dah lesen
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia tak boleh ke buat seperti Australia buat ‘ROAD SIGN - WRONG WAY GO BACK’ ??
Buat di signboard dan di atas jalan raya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|