|
Pengasuh didakwa sebabkan kecederaan bayi lelaki
Pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis, atas tuduhan mengabaikan hingga menyebabkan seorang bayi lelaki mengalami kecederaan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tertuduh, Siti Salwa Rezuan, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Rohatul Akmar Abdullah.
|
|