CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9838|Reply: 32

[Tempatan] Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di kasino Batam

[Copy link]
Post time 3-10-2024 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di kasino Batam

https://www.bharian.com.my/berit ... 000-di-kasino-batam

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Oktober 3, 2024 @ 7:17pm
[email protected]



ALOR SETAR: Suspek lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai mencampak pesara kewangan FELCRA, Sabari Baharom, 62, dipercayai membelanjakan RM16,000 untuk berjudi di Batam, Indonesia, sebelum ditahan polis.

Menurut sumber, suspek dan bersama anak saudaranya yang berusia 26 tahun ke Batam selepas bertindak membunuh Sabari dan mengelurkan wang simpanannya berjumlah RM16,000.

Katanya, suspek terbabit juga didapati mengalami masalah ketagihan judi dan sering keluar negara bagi melakukan kegiatan berkenaan.

"Suspek dipercayai membunuh Sabari pada 4 September lalu, sebelum bertindak ke Batam, Indonesia untuk berjudi.

"Suspek dikatakan mengalami ketagihan judi dan turut bermain judi dalam talian.

"Suspek dipercayai menghabiskan wang yang disamunnya dari mangsa di sebuah kasino sebelum pulang ke tanah air," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan suspek dan anak saudaranya ditahan polis di kawasan sempadan di selatan tanah air pada Jumaat lalu, selepas tidak menyedari polis berjaya mengenal pasti identiti mereka.

Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan, operasi pencarian mayat Sabari dihentikan petang semalam, selepas polis gagal menemui sebarang petunjuk sejak tiga hari lalu.

Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

Polis dalam kenyataan sebelum ini, berkata siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.

Kehilangan mangsa menjadi persoalan oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.

Berikutan itu, ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji milik mangsa ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.

Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasino batam smart dresscode jugak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
So klue dia mula2 dari transaksi akaun tabung haji la ya..terus bank dapat detect penama duit penerima
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aih...berjudi kt batam...ni ada darah2 keturunan belah sana ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
miskin kedana pun kan main judi sampai ke batam.
apooo laa manusia ni.
mesti rugi tu yg balik
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya mmg ada dna indon ni..vavi sgt pangai..nk berjudi sampai sanggup membunuh!Mmg x de ati perut ye org tu byk tolong ko.semoga cpt ke neraka jahanam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2024 08:53 PM | Show all posts
dah habis puas hidup la tu.. rompak, bunuh orang, judi.. baik ke tali gantung je la
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Taik Judi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 3-10-2024 07:47 PM
Mak aih...berjudi kt batam...ni ada darah2 keturunan belah sana ke apa?

Orang Kedah...Melayu paling ori

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke kawan aku cakap, betul ke kalau 10 orang berjudi 7 org confirm kalah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 09:05 PM | Show all posts
sebab tu judi haram
bole jadi ketagih
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah berapa la duit mangsa ni hangus dijoli katak kan si taik judi tak guna ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kata hutang along.. ni judi pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya la tak ong, 16k abis gitu je
Balik je kena tangkap…haaa padan muka!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya setan2 ni.
sedihnya cmna la ank2 dorang trima knyataan bapak kna bnuh cmpak dlm sungai mcm sampah pastu pmbnuh happy2 joli duit mngsa.
semoga diberi kkuatan bt fmly arwah
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdosa membunuh seorang muslim..bertambah2 berdosa berjudi...tu belum dosa yg lain2 kalau ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa hari dia amik masa nak keluarkan, kalau ikut atm kan 3k je sehari.. ke kalau kita link TH dengan maybank dan bank islam, kita boleh draw 3k sehari bagi setiap bank?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 12:01 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 3-10-2024 08:56 PM
Orang Kedah...Melayu paling ori

Orang Batam ori ialah melayu kepulauan riau sama spesis melayu johor.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 12:02 AM | Show all posts
batmana replied at 3-10-2024 09:05 PM
sebab tu judi haram
bole jadi ketagih

ada orang ketagih seks tapi seks tak diharamkan


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 12:36 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-10-2024 12:02 AM
ada orang ketagih seks tapi seks tak diharamkan

Berzina tu haram

Kalau dengan isteri2 itu namanya lezat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.074912 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list