View: 8575|Reply: 0
|
[Tempatan]
Gerai burger tular dikunjung IShowSpeed kena sita DBKL
[Copy link]
|
|
Gerai burger tular dikunjung IShowSpeed kena sita DBKL
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... eed-kena-sita-dbkl/
Oleh KOSMO!
3 Oktober 2024, 7:40 pm
Gerai burger tular dikunjung IShowSpeed kena sita DBKL, semalam.
PETALING JAYA – Sebuah gerai burger yang tular setelah dikunjungi pencipta kandungan YouTube, IShowSpeed, baru-baru ini telah disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, semalam.
Perkara itu telah disahkan oleh pihak DBKL, sebentar tadi.
Sitaan itu dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Lembah Pantai menerusi operasi khas pindah halangan serta kerusi meja.
DBKL berkata, pihaknya terdahulu menerima aduan pada penghujung Ogos lalu, mengenai gerai-gerai di sekitar Jalan Bangsar Utama yang meninggalkan barangan perniagaan di tempat awam menyebabkan halangan di lokasi terbabit.
Menurut DBKL, siasatan telah dibuat dan mendapati benar terdapat halangan serta barangan ditinggalkan di lokasi aduan.
“Pihak Jabatan Penguatkuasaan DBKL telah mengeluarkan 7 notis penguatkuasaan agar peniaga mengalih, memindah sebarang aktiviti dan mengosongkan tapak dalam tempoh tiga hari dari tarikh notis dikeluarkan.
“Walaupun notis penguatkuasaan telah dikeluarkan, peniaga masih ingkar dan masih meletakkan barangan perniagaan mereka di laluan atau tempat awam,” kata kenyataan itu.
DBKL melaksanakan lima kes sitaan di bawah peruntukan Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.
“Antara barangan yang disita adalah kanopi, gerai keluli tahan karat, kerusi, meja plastik dan lain-lain peralatan.
“Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” tambahnya.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, IShowSpeed telah membayar lebih RM350 untuk sebiji burger ‘special’ di sebuah gerai di Bangsar, Kuala Lumpur.
Menurut peniaga tersebut, selebriti berkenaan telah membayar burger yang disediakannya itu dengan mata wang Kemboja. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
| |
|