CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24900|Reply: 0

[Sarawak] Waspada dengan program pemeriksaan kesihatan anjuran syarikat swasta kononnya disokong KKM

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:20 PM | Show all posts |Read mode


Dr Teh (kiri) dan Chieng (kanan) pada sidang di pejabat Pusat Khidmat DUN Bukit Assek petang tadi.

SIBU: Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati dengan program pemeriksaan kesihatan anjuran syarikat swasta yang kononnya mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata, pejabat pusat khidmatnya telah menerima aduan berhubung perkara itu sejak beberapa bulan lalu.

“Saya sendiri telah menerima tiga panggilan telefon, mereka menjemput saya untuk menyertai program pemeriksaan kesihatan yang dijalankan di hotel yang berbeza.

“Mangsa terperdaya kerana disebabkan mereka menunjukkan logo Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mereka memberitahu mangsa program itu disokong oleh KKM,” jelasnya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat DUN Bukit Assek, petang tadi.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun menjelaskan, setakat ini KKM tidak berkerjasama dengan syarikat swasta untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan di hotel.

“Pejabat Kesihatan Bahagian atau hospital membuat pemeriksaan kesihatan di luar premis hospital atau luar klinik kesihatan selalunya adalah secara percuma.
“Kami tidak mengenakan bayaran untuk pemeriksaan kesihatan,” ujarnya.

Katanya, saringan kesihatan adalah amat penting dan ia merupakan salah satu daripada teras KKM.

“Ramai orang di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) untuk pemeriksaan kerana ramai orang tidak tahu tentang status 'diabetic hypontension'.

“Jadi kami mengadakan banyak program pemeriksaan kesihatan dan selalunya adalah percuma,” jelasnya.

Dr Teh memberitahu, hanya dua skim dianjurkan KKM bersama klinik kesihatan swasta iaitu Skim Perubatan MADANI dan Program Saringan Pemeriksaan Kesihatan Peka B40.

“Program ini adalah di klinik swasta bukan di hotel. Dan untuk Sarawak, Premier Sarawak telah mengumumkan Inisiatif Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) dan ini hanya melibatkan klinik swasta yang berdaftar,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati, sekiranya berasa ragu tentang program kesihatan, mereka boleh bertanya kepada mana-mana doktor di klinik kesihatan atau boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu di talian 084-315494 pada waktu pejabat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.043386 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list