CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27167|Reply: 0

[Sarawak] LTdL 2024: Beberapa jalan di Miri, Jalan Pesisir Pantai ke Bintulu ditutup Sabtu ini

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:28 PM | Show all posts |Read mode


Beberapa jalan sekitar Miri akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara perlumbaan berbasikal LTDL 2024 Peringkat Tujuh.

MIRI: Beberapa jalan sekitar Miri dan Jalan Pesisir Pantai menuju ke Bintulu akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara perlumbaan berbasikal antarabangsa Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 Peringkat Tujuh.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata perlumbaan ini akan berlangsung di Miri pada Sabtu ini (5 Oktober) dengan jarak perlumbaan sejauh 199.3 kilometer.

"Perlumbaan basikal ini akan bermula dari Waterfront, Miri dan berakhir di Lasar Kenyalang Bintulu yang akan disertai sebanyak 22 pasukan dan seramai 132 orang pelumba," jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi memastikan perlumbaan yang dijadualkan berjalan dengan lancar dan selamat, pihak polis akan memastikan aspek keselamatan dan lalu lintas terkawal semasa perlumbaan ini.

Sehubungan itu, beberapa laluan di bandar raya Miri dan laluan di sepanjang Jalan Pesisir Pantai Miri ke Bintulu akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat dari jam 5.30 pagi hingga selesai perlumbaan.

Jalan-jalan yang terlibat iaitu Jalan Sunga Baong, Simpang Jalan Permaisuri, Lampu Isyarat Sehati, Bulatan Sehati, Lampu Isyarat Parkson dan Simpang Grand Old Lady.

Selain itu, Bulatan Puchong, Simpang Jalan Hainam, Simpang Jalan Cahaya, Lampu Isyarat Hilltop, kawasan letak kenderaan awam (hadapan Pullman Miri Waterfront), kawasan letak kenderaan awam (berhampiran Hotel Imperial Palace) dan sepanjang Jalan Pesisir Pantai ke Bintulu.

"Pengumuman penutupan dan lencongan jalan ini adalah bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengetahui tentang jalan yang akan ditutup pada tarikh tersebut dan memudahkan mereka mengelak daripada menggunakan jalan-jalan ini supaya tidak berlaku kesesakan lalu lintas," katanya.

Orang awam boleh memilih laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang boleh mengganggu kelancaran perlumbaan.

Orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati dan merancang masa perjalanan masing-masing semasa hari perlumbaan tersebut berlangsung sekiranya mempunyai urusan di kawasan pusat bandar dan sila patuhi tanda-tanda isyarat kawalan lalu lintas yang diarahkan oleh pegawai polis yang bertugas.

Selain itu, mereka yang ingin menghala ke Bekenu dan Batu Niah bolehlah menggunakan Jalan Pan Borneo.

Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan bagi melancarkan Perlumbaan Berbasikal Antarabangsa Petronas LTDL 2024.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Miri di talian 085-433400 atau pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di talian 085-430479.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.036556 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list