CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28645|Reply: 0

[Sarawak] Meriahkan aktiviti Hari Tanpa Kereta di Miri pada Sabtu ini

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:46 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Penduduk Miri diajak beramai-ramai menghadiri aktiviti Hari Tanpa Kereta pada Sabtu, 5 Oktober ini di Wireless Walk, Jalan North Yu Seng di sini bermula jam 7.30 hingga 9.30 pagi.

Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam satu kenyataannya memberitahu, inisiatif penganjurannya bertujuan untuk mempromosikan kehidupan sihat, kesedaran alam sekitar dengan menggalakkan penglibatan masyarakat.

"Aktiviti menekankan kepentingan mengurangkan pelepasan karbon dengan mengehadkan penggunaan kenderaan, memupuk ikatan komuniti lebih kukuh melalui aktiviti dan mengambil kesempatan daripada pemeriksaan kesihatan percuma," jelas kenyataan itu.

Kenyataan berkata, penyertaan penduduk Miri bukan sahaja menyumbang kepada Miri yang lebih hijau, sihat tetapi juga mengukuhkan ikatan yang menyatukan masyarakat.

Ia juga merupakan peluang baik untuk penduduk di sini bersama-sama dan memberi kesan positif kepada alam sekitar.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.131494 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list