CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28671|Reply: 0

[Sarawak] Undang-undang salah guna media sosial perlu ditambah baik

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:49 PM | Show all posts |Read mode


Rentap (dua kanan) merakamkan gambar selesai Mesyuarat MPBN Peringkat Negeri Sarawak, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Undang-undang berkaitan penyalahgunaan media sosial terutama dalam kalangan belia perlu ditambah baik, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu.

Menurutnya, masalah penyalahgunaan media sosial adalah serius dengan lebih 800 kes dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia Malaysia (SKMM) di Sarawak bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

"Di pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga kita dimaklumkan setiap hari ada kes (penyalahgunaan media sosial) dilaporkan, termasuk buli siber dan penipuan dalam talian.

"Sebab itu paling penting bagi saya adalah untuk kita menambah baik undang-undang di mana penyalahgunaan media sosial bukan tanggungjawab agensi sahaja, tetapi lebih kepada individu.

"Dasar diri lebih baik daripada ditangkap dan sebagainya untuk kita membentuk masyarakat yang lebih menjaga diri sendiri dan tahu salah dan betul diri sendiri," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak di Hotel Imperial di sini, hari ini.

MPBN merupakan sesi persidangan intelektual dalam kalangan pemimpin pertubuhan belia peringkat negeri bersama wakil kepimpinan kerajaan negeri serta wakil-wakil yang dibahaskan dari jabatan dan agensi.

MPBN ditubuhkan pada 1971 atas kesedaran bahawa pembangunan negara pada masa hadapan bergantung kepada tenaga dan inspirasi belia.


Rentap (tengah) menunjukkan dokumen Mesyuarat MPBN Peringkat Negeri Sarawak, hari ini. - Gambar Chimon Upon

Mesyuarat itu turut melibatkan perbahasan dan perbincangan mengenai lima usul, pertama mengenai dana dan insentif daripada kerajaan, kedua penyalahgunaan media sosial dalam kalangan belia, manakala ketiga dari segi gejala sosial lain dalam kalangan belia.

Dua lagi usul ialah mengenai isu pendidikan berkaitan masalah keciciran belia dari segi pendidikan formal dan kelima, peluang pekerjaaan dalam kalangan belia.

Kesemua usul tersebut kata Rentap, telah dibahaskan dan dijawab oleh agensi dan jabatan berkenaan yang turut serta dalam mesyuarat itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.036923 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list